Rabu, 29 Mac 2017

Jin Islam Samseng...

" Dulu...ada jin tinggal dalam badan bini saya...tapi sudah di Islamkan
dan jin itu sudah keluar dari badannya...sekarang ni ok sudahlah..."
kata rakan itu.

Yang mengislamkan itu adalah perawat yang dipanggil ustaz dan kini
ustaz itu adalah gurunya.Ustaz itu ada jin pendamping tapi jin Islam
dan ini adalah salah satu daya penarik orang lain untuk berguru
dengannya...termasuklah rakan ini.

Apabila saya bertanya sendiri pada si isteri lain pula ceritanya.Ia
beritahu...sering bermimpi didatangi oleh empar orang lelaki...
pada malamnya pula ia tidak dapat tidur mengiring kerana ia
merasa ada tangan-tangan yang akan menarik badannya.Sedang-
kan tidur menelentang pada kebiasaannya akan membuka laluan
serangan atau gangguan jin apalagi bagi wanita.

Malah pada suatu ketika apabila mereka mendatangi satu majlis
bacaan yasin...isterinya itu terasa ingin menjerit-jeri dan ada
sesuatu menguasai tubuhnya untuk keluar dari ruang itu.

Apabila saya katakan pada rakan itu jin yang mencampuri urusan
hidup manusia adalah syaitan...rakan itu beritahu sudah lama ia
tidak berjumpa dengan gurunya itu kerana rakan itu mendengar
suara bisikan yang melarangnya...mungkin bisikan malaikat kata
rakan itu.

Inilah perkara yang sering buat kita tersilap jalan...iaitu mahukan
kelebihan atau kehebatan...maka  ' jin pun jinlah...' iaitu kita
rela jadikan syaitan sebagai penolong kita...tentunya tanpa kita
sedari...kita jadikan jin syaitan menjadi penolong kita mengganti-
kan Tuhan.

Hasilnya bukan hanya diri...malah anak bini juga jadi habuan jin
ini...setiap larangan Tuhan pasti ada sebabnya demi untuk
kebaikan kita semua.

Seperkara lagi...orang yang sakit gangguan itu tanya sendiri
keadaannya...mereka lebih tahu apa yang mereka alami...
bukannya sekadar bertanya guru semata-mata.

Seorang  rakan  menceritakan...ia  sering merasa diekori oleh se-
suatu  benda  yang  tidak  kelihatan...gurunya  kata.....bersangka
baiklah  kepada  Allah.....dengan  bersangka  bahawa  benda  itu
adalah malaikat yang Allah perintahkan untuk mejaga keselamatan
dirinya.

Tapi kemudiannya apabila dibuat pengisian buka hijab...rakan itu
melihat makhluk itu adalah pocong dan jin ilmu berupa rangka
tubuh manusia semata-mata.

Wallohu a'lam