Jumaat, 28 April 2017

SENARAI AMALAN...

Dalam blog nampak hati

1. Petua fatihah dan 3 Qul Pernafasan...catitan 31.12.15

2. Petua hancurkan jin dalam badan...14.08.15

3. Kata pemutus jin...29.01.15

4. Kata pemutus...04.01.16

5. Kata pemutus guru...29.01.15

6. Petua mudah buat air doa sendiri...23.07.15

7. scan diri sendiri...13.01.15

08.. rahsia jin ilmu...12.05.16

...dan sebagainya...

Blog rahsia nampak jin

1. SENARAI AMALAN PENDINDING...36.09.10

...dan sebagainya...

Sebahagian gangguan daripada 'sesekor' jin boleh ditamatkan
dengan kata pemutus...atau pembatal ilmu sihirnya melalui
pemusnahan benda sihirnya seperti tangkal...batu...cincin...
senjata...dan sebagainya...atau memusnahkan 'kembar'
benda sihir itu pada tapak tangan atau tubuh pesakit...
atau dengan memusnahkan kepandaian sihir jin itu langsung
pada tubuhnya...atau jin itu dikat...dikurung atau sengaja
dibunuh ( saya tidak ' berminat ' dengan tiga cara akhir ini )
dan sebagainya.

Ada juga yang dapat dihentikan dengan mendakwah jin ini
atau disuruh bersumpah atau dengan mana-mana tipu
helah....dan sebagainya...

Ada yang tak dapat dihentikan maka pesakit jaga amalan
maka jin itu cari orang lain.

Tak ada perawat 'terer'...yang ada hanyalah rawatan serasi
dengan bentuk dan cara gangguan...maka dengan izin Tuhan
mudah selesainya...kalau tak selesai-selesai juga biasanya
cuma bererti cara rawatannya kurang serasi.

Yang penting kita ingat...yang menguasai seluruh alam ini
hanya satu sahaja iaitu Allah semata-mata.

Wallohu a'lam

Ahad, 2 April 2017

Pemanis Cincin Emas Cina....

Apabila ibu itu menutup mata...saya bacakan fatihah 3 kali berserta per-
nafasan.

Sudah hampir sebulan kulit muka ibu dirasanya sangat gatal sehingga ia
menggaru-garu tak sedar semakin merosakkan kulit mukanya sendiri.

Sebenarnya hampir setahun lalu ia membeli sebentuk cincin emas dari
sebuah kedai Cina.

Tak disedarinya ketika itu...ternyata cincin itu punya sihir pemanis...
maka tak hairan kalau ramai lelaki yang meminati malah tergila-
gila padanya walaupun setelah tahu ia sudah pun bersuami.

Apabila ia menumpukan perhatian ia dapat melihat ruang dalam bilik-
nya di tingkat atas dengan jelas tapi tidak ada yang menarik perhatian.

Namun apabila ia menumpukan perhatian...ia nampak satu lembaga
berupa perempuan berpakaian putih mengintainya. Ia adalah jin yang
selalu singgah pada sepohon kayu yang terletak berhampiran rumah
ibu tersebut.

Ibu itu dapat merasakan jin tersebut terpesona melihat wajahnya...
dan selalu mengintainya...terutama sekitar jam 2 pagi.Ketika itulah
si ibu terasa mukanya sangat gatal dan menggaru-garu keras tak
sedar mencederakan kulit mukanya sendiri.

Puncanya kerana jin betina yang biasanya kita panggil pontianak itu
mahu wajah si ibu sama seperti kulit mukanya yang  hodoh meng
gerutu...dan semuanya berpunca dari daya tarikan aura cincin pe-
manis tersebut.

Belum sempat apa-apa...si ibu beritahu jin itu dah cabut lari terbang
dan menghilang namun ia merasakan jin itu tidak lagi akan datang
kepadanya.

Si ibu mersakan mukanya panas tanda bisa jin itu masih ada...saya
bacakan ayat Seribu Dinar berserta pernafasan memusnahkan saki
baki angin bisa jin tersebut dengan izin Tuhan.

Si ibu segera menanggalkan cincin yang ketika itu sedang dipakai-
nya.Setakat yang di 'scan' menunjukkan aura pemanis jin itu adalah
dari lelaki Cina  tuan punya kedai tersebut...ia mungkin dari amalan
pelaris keluarga terdahulunya yang biasanya membakar colok dan
meletak tulisan tertentu atau patung di kedai sebagai pelaris.

Sentuhan dari penjual itu sudah cukup memindahkan aura bisa jin
sakanya kepada cincin berkenaan...dan anda kalau kebetulan mem-
belinya...boleh dapat jin saka baru.

Wallohu a'lam