Ahad, 29 Julai 2018

RisIko menjemur waktu maLam

Apabila  ain  menutup  mata dan menumpukan perhatian ia
melihat dua lembaga aneh duduk atas bahu kanan dan bahu
kirinya

Agaknya rupa lembaga aneh tu tentu ' tak berapa senonoh'
hingga buatkan ain menangis ketakutan.

dari scan yang dibuat makhluk itu adalah jin yang datang
dari sebab kebiasaan ain yang sering menjemur pakaian
waktu malam diluar rumah.

memang ada larangan ulama tentang perkara ini...sekurang-
kurangnya kita mesti mangambil pakaian ini sebelum
masuknya waktu maghrib...kerana pada masa itu jin mula
aktif terutamanya yang tidur disiang hari pada dunia kita
tapi malam hari bagi bangsa jin.

malah ada ulama yang menyarankan pakaian yang terbiar
atau berjemur diluar rumah pada waktu malam sebaiknya
dicuci semula untuk mengelakkan kemungkinan datangnya
gangguan dari jin yang mungkin  mendatangi pakaian itu.

wallohu a lam

Ahad, 14 Januari 2018

Gangguan Jin Pada Si Anak Kecil.

Anak perempuannya yang berumur 5 tahun tiba-tiba saja
berubah perangai menjadi sangat aktif dan akan naik
marah apabila ditegur atau dilarang berbuat sesuka hati-
nya.

Malah sebaik saja saya berdiri didepan pintu rumah mereka
anak kecil itu meluru seperti nak menerkam saya....namun
bapanya sempat memeluknya.

Anak kecil itu juga sering menangis seperti melihat sesuatu
yang menakutkannya terutama di waktu malam,.

Hasil dari ' scan ' saya dapati memang anak kecil itu di
datangi jin pada masa tertentu...dan jin itu yang menakuti-
nya.

Ketika saya membuka hijab bapanya...ternyata si bapa ter-
sebut juga ketakutan melihat waajah jin tersebut....maka
apalagi si kecil.

Jin itu sebenarnya menumpang  tinggal dalam lengan kanan 
bapa anak itu.Sebaik sahaja saya menarknya keluar dan
memusnahkan tenaga sihirnya...anak kecil itu menjadi lemah
lalu tertidur nyenyak.

Biasanya kalau anak kecil mengalami gangguan maka 
sasaran pertama yang perlu di pereksa adalah orang yang
paling rapat dengannya sehari-hari.

Kalau kebetulan gangguan itu berpunya dari orang rapat 
atau keluarga tuanya...maka rawatan pada seseorang anak
itu biasanya  hanya akan memberi kesan sementara atau 
mungkin tak akan berkesan.

Nota

1. Bukan semua gangguan pada seseorang anak itu asal-
nya dari orang tuanya...kadang-kadang ada juga jin yang
sengaja datang mengganggu atau cuba mendampingi...
namun orang tuanya atau orang dewasa yang rapat dengan-
nya perlu dipastikan terlrbih dahulu.

2. Kebanyakan gangguan datangnya dari jin yang pernah
mendampingi manusia terdahulu...sebagai jin ilmu....dan
apabila tuan asalnya membuangnya atau meninggal dunia
maka jin itu berusaha mencari tubuh tumpang ganti...maka
dari sini akan timbulnya gejala gangguan pada manusia
yang disasarkannya.

Ini sebabnya...anda yang jadi sasaran  perlu mendapat rawatan
daripada orang yang berpengalaman...iaitu kerana anda ber-
depan dengan jin berpengalaman deengan manusia terdahulu.

Kadang-kadang kita tewas bukan kerana amalan diri yang
tidak cukup...tapi tewas semata-mata kerana tipudaya jin ter-
sebut.

Wallohu a lam