Rabu, 25 Januari 2017

Sihir Tanam Dalam Dada...

Apabila rakan itu jf menumpukan perhatian...ia nampak sebatang jarum di-
tengah dadanya yang sakit...dan pastinya alat x-ray tidak dapat mengesan-
nya sehingga dokor mengesahkan jf tidak ada sebarang masalah kesihatan.

Kemudian jf terbayang wajah  seorang rakan sekampung yang kebetulan
ada krisis dengannya...dan saya meminta jf terus meniatkan untuk melihat
bilik tidur lelaki tersebut.

Jf dapat melihat ruang dalam bilik tidur tersebut dan pada satu sudut ada
satu  lembaga  aneh  berdiri...pada  tangannya  ada  satu  benda  panjang
dengan hujung runcing.

Saya musnahkan senjatanya itu...dengan izin Tuhan...jarum di tengah dada
jf turut lesap.

Sakit dada jf berkurang sedikit namun masih kuat sakitnya...apabila jf
terus menumpukan perhatian untuk melihat sisa sakit tersebut...sakitnya
itu berpindah ke belakang kemudian turun ke rusuk kanan.

Jf tidak dapat melihat apa-apa malah langsung tak terlintas pada fikiran
dan perasaannya punca atau apa bendanya tersebut.

Saya letakan syiling 20 sen atas tapak tangan jf dan ia dapat merasakan
seolah-olah  ada  satu  laluan  yang  menyambungkan syiling  itu  dengan
tempat sakit.

Saya menjentik-jentik syiling tersebut sambil membaca fatihah dan ayat
kursi kemudian membuat satu gerak menarik dengan pernafasan.

Dengan  izin  Tuhan...sakit  itu  hilang.....dan  jf  dapat  terbayang  satu
bungkusan hitam ditanam dalam tanah pada syiling tersebut.

Dalam bungkusan hitam itu ada tanah...dan seandainya tanah itu kering
retak maka dadanya juga turut sama 'kering retak'...Walohu a'lam.

Saya musnahkan bungkusan itu dengan gerak peletup jin...dengan izin
Tuhan...bayangan itu hilang dari pandangan jf menandakan sihir tersebut
telah terbatal.

Adapun jarum sihir dalam dada itu boleh ditarik keluar tapi jin empunya
sihir itu biasanya akan memasukkan semula jarum baru maka sihir dan
sakit itu akan berulang...tapi kalau kekuatan sihir jin itu yang dimusnah-
kan...maka kemungkinan besar sihir itu akan hilang tak berulang...
dengan izin Tuhan...

Walohu a'lam

Jin Bersayap Dan Gangguan Rawan....

Baru beberapa minit Puan A menutup mata dan menumpukan per-
hatian ia mendapati diinya sedang berada dalam sebuah rumah
kosong.

Tiba-tiba satu  benda putih melayang masuk dan turun betul-betul di-
depan puan A...jelas ianya 'seorang lelaki' bertubuh tegap tinggi...ber-
kulit putih namun wajahnya hodoh menakutkan...di belakangnya ada
sepasang sayap ( jin bersayap ).

Oleh kerana tidak dapat mengenal pasti punca kekuatan sihir jin ter-
sebut saya menyerang bahagian jantungnya...dan ianya berkesan
apabila tubuh jin itu menjadi semakin jauh dan kabur sebelum meng-
hilang.

Esoknya setelah saya membuat pengisian buka hijab...jin itu muncul
lagi di depan puan A...masih gagah tanpa kurang sedikit pun...maka
saya mengelakkan dari menyerangnya.

Puan A mula  ketakutan apabila  makhluk  itu  semakin  mara meng-
hampirinya...tapi apabila ia  beritahu  ada  sesuatu  seperti  mahkota
yang  melingkari  kepalanya ( puan A )...saya  musnahkan  mahkota
itu.

Dengan  izin  Tuhan...tubuh  jin  itu  semakin kabur dan menghilang...
namun  pada hari ketiga merawatnya...jin itu muncul lagi...masih
gagah seperti hari-hari sebelumnya.

kali ini Puan A nampak wajah seorang lelaki tua...iaitu bomoh
yang pernah memagar rumah itu dengan sembelihan ayam....
kali ini saya sekadar membuat kata pemutus guru bagi pihak
puan A...dengan cepat tubuh jin itu manjadi kabur dan meng-
hilang.

Selepas itu jin itu tak pernah muncul lagi di depan puan A...tapi puan
A dapat merasakan makhluk bersayap itu masih berdiri ditengah ruang
tamu rumah tersebut...dengan tubuhnya yang kelihatan samar-samar.

Saya membuat gerak peletup jin pada tubuh makhluk tersebut...dengan
izin Tuhan...ia hilang tak berbekas.Kalau puan A masih dapat merasakan
keujudan jin tersebut maka ia menunjukkan masih laluan atau talian
sihir jin itu pada dirinya..dan masih ada kemungkinan jin itu akan datang
kepadanya.

Puan A beritahu rupanya jin itu puncanya ia selalu merasa diperhatikan
oleh seorang lelaki dari luar rumah...dan antara kesan lainnya puan A
mengakui suka melihat wajah-wajah lelaki tampan... hatinya terbuka
untuk berlaku curang pada suaminya...hanya saja keadaan hidupnya
tidak memberi ruang untuk perbuatan tersebut ( semoga Allah terus
melindunginya ).

Kadang-kadang ia bermimpi didatangi lelaki yang dikenali atau tidak
yang mencumbuinya...dan ia lumrah bagi sesiapa juga wanita yang
dicintai jin jantan.

Pada kebiasaannya wanita dicintai jin jantan akan membuat hatinya
menjadi liar dan bernafsu ' merata-rata '...namun pokok pangkalnya
masih bergantung kepada kekuatan iman dan bijaksana melawan
atau memlihara kehormatan diri....tapi ia tetap perlukan rawatan dan
dipisahkan dari jin tersebut.

Seperkara lain...jin jantan golongan ini pula tidak akan melepaskan
wanita manusia yang dicintainya begitu saja...selagi jin ini merasa
mampu ia pasti akan terus mencengkam.

Wallohu a'lam

Isnin, 9 Januari 2017

Di Dua Tempat Dalam Satu Masa...

Sebaik sahaja adik Ai menutup mata...ia mendapati dirinya berada di dalam
sebuah bilik penginapan di Bukit Tinggi Johor....sedangkan ketika itu ia
sedang duduk atas sofa di ruang tamu keluarga di lohan Ulu Ranau.

Ada seorang perempuan tua bertubuh tinggi berpakaian serba putih panjang
rambut ( jelmaan jin ) bersamanya di situ.

" adik balik Ranau ya..."  " di rumah ini...? tanya si adik balik...ternyata
dalam satu masa ia mendapati dirinya di dua tempat di Ranau sabah
dan di Bukit Tinggi Johor.

Saya minta adik Ai baca fatihah sambil niat balik ke badan di rumahnya
dan dalam masa yang saya saya musnahkan tongkat yang dipegang 
oleh jin tersebut dengan izin Tuhan.

Kekuatan sihir jin itu perlu di lumpuhkan kerana mungkin jin itu akan cuba
menghalang rawan adik Ai daripada meninggalkannya...dan tongkatnya
itu adalah punca tenaga sihirnya.

Kurang setengah minit adik Ai merasa dirinya di rumah...tak tidak melihat
bilik tadi lagi...

Nota

1. Secara teorinya....ada dua perkara yang membuat rawan adik An ter-
tinggal di bilik penginapan tersebut...kerana sangat suka dengan suasana
indah biliknya dan mungkin juga jin tersebut mengambil kesempatan
dengan menahannya ( kebetulan bilik itu ada gangguan dan adik Ai
yang baru Tahun 4 itu boleh menjadi 'kesukaan' jin betina tua )

2. Seminggu dua lalu adik An sekeluarga ke Bukit Tinggi dan sejak
balik ke Ranau ia selalu mimpi berada dalam bilik tersebut iaitu antara
tanda-tanda rawan tertinggal.

3. Tanpa rawatan jin itu mungkin akan jadi saka...maka itu pentingnya
amalan pendinding kerana kita mungkin terserempak gangguan di 
mana-mana dan pulang bawa jin .

Wallohu a'lam