Isnin, 9 Januari 2017

Di Dua Tempat Dalam Satu Masa...

Sebaik sahaja adik Ai menutup mata...ia mendapati dirinya berada di dalam
sebuah bilik penginapan di Bukit Tinggi Johor....sedangkan ketika itu ia
sedang duduk atas sofa di ruang tamu keluarga di lohan Ulu Ranau.

Ada seorang perempuan tua bertubuh tinggi berpakaian serba putih panjang
rambut ( jelmaan jin ) bersamanya di situ.

" adik balik Ranau ya..."  " di rumah ini...? tanya si adik balik...ternyata
dalam satu masa ia mendapati dirinya di dua tempat di Ranau sabah
dan di Bukit Tinggi Johor.

Saya minta adik Ai baca fatihah sambil niat balik ke badan di rumahnya
dan dalam masa yang saya saya musnahkan tongkat yang dipegang 
oleh jin tersebut dengan izin Tuhan.

Kekuatan sihir jin itu perlu di lumpuhkan kerana mungkin jin itu akan cuba
menghalang rawan adik Ai daripada meninggalkannya...dan tongkatnya
itu adalah punca tenaga sihirnya.

Kurang setengah minit adik Ai merasa dirinya di rumah...tak tidak melihat
bilik tadi lagi...

Nota

1. Secara teorinya....ada dua perkara yang membuat rawan adik An ter-
tinggal di bilik penginapan tersebut...kerana sangat suka dengan suasana
indah biliknya dan mungkin juga jin tersebut mengambil kesempatan
dengan menahannya ( kebetulan bilik itu ada gangguan dan adik Ai
yang baru Tahun 4 itu boleh menjadi 'kesukaan' jin betina tua )

2. Seminggu dua lalu adik An sekeluarga ke Bukit Tinggi dan sejak
balik ke Ranau ia selalu mimpi berada dalam bilik tersebut iaitu antara
tanda-tanda rawan tertinggal.

3. Tanpa rawatan jin itu mungkin akan jadi saka...maka itu pentingnya
amalan pendinding kerana kita mungkin terserempak gangguan di 
mana-mana dan pulang bawa jin .

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan