Isnin, 6 Februari 2017

Jin takut Jin...

Budak perempuan itu sentiasa ketakutan dalam rumah...kalau tidur malam
pun kata ibunya...budak itu akan pilih tempat paling tepi dengan dinding
dan akan sampai berpeluh-peluh menggeletar ketakutan dalam selubung
selimutnya.

Hasil  'scan'  menunjukkkan ada jin betina masuk menumpang dalam badan-
nya dan jin itu datang kepadanya melalui mimpi.

Ternyata jin betina itu yang ketakutan...ia sangat takut pada jin jantan
tangkal botol air  penjaga rumah yang digantung tepi atas pintu masuk
hadapan.

Kerana itu budak tersebut tak tahu apa yang ditakutinya...itu pun hanya
hanya dalam rumah sahaja...kalau diluar rumah ke mana pun tak ada
yang ditakutinya.

wallohu a'lam

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum, bagaimana ya utk saya menghubungi tuan dan buat rawatan? Memandangkan ada kes yg saya alami sama spt apa yg saya terbaca di blog tuan..

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth andi..

    Saya di Ranau...kalau andi juga di ranau...kalau tidak
    keberatan sila beri no hp di sini agar saya boleh hubungi.

    Tapi kalau andi di Kk atau dekat KK silalah berhubung
    dengan Guru utama saya seperti yang tertera no hpnya
    di blog ini...Insha Allah andi ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum tuan, terima kasih kerana respons. Saya ada cuba hubungi guru utama namun gagal. Mungkin rezeki saya ikhtiar dengan tuan agaknya. Saya asal semenanjung, namun kebetulan saya mempunyai ramai kawan di Sabah asalkan tuan sudi menerima kedatangan saya, saya boleh saja berkunjung ke Ranau. Tiada masalah. Mohon maklumbalas tuan ke hpone saya 0192207908. Harapnya tuan sudi membantu saya.

      Padam
  3. Salam ustaz.klu rmh sewa ada penjaga tapi tk pakai botol tapi d tanam.amat sukar untuk mencari nya.klu da jumpa apa nk buat dgn tangkal itu ustaz?

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth polaju...

    1. kalau tak jumpa...siram air doa atas lantai atau tapak
    yang kita syak ada benda ditanam didalamnya.

    kalau boleh sambil renjis tu...baca Ayat kursi dengan niat
    menghancurkan dan membatalkan sihir yang di tanam padanya.

    Biasanya pesakit boleh merasakan tempat ini...iaitu biar
    ia ikut gerak hatinya...atau orang yang dapat merasakan
    gangguan atau kesan dari benda sihir tersebut...lebih
    kuat kesannya maka lebih pasti atau yakin ia tempat
    sesuatu benda itu ditanam.

    Baca ayat Kursi...atau boleh Fatihah dan 3 Qul...atau
    fatihah 7 kali sahaja...atau ayat seribu Dinar 3 kali.

    Renjis 7 hari berturut-turut atau sehingga kesan gangguan
    hilang.

    Kalau jumpa...pegang tangkal itu dengan tangan kanan...
    lebih baik guna sesuatu alat perantara seperti pen...
    pensel...ragum dan sebagainya.

    Dekatkan ke mulut baca Ta awwuz 3 kali...Bismillah sekali
    dan ludah tangkal itu beberapa kali niatkan menghina jin
    yang empunya atau berumah pada tangkal tersebut.

    Campak tangkal itu ke lantai dan pijak-pijak juga sambil
    niat menghina...

    ...ambil tangkal itu dan rosakkan pembungkusnya...dengan
    gunting..,pisau atau sebagainya...jika tanpa pembungkus
    pecahkan ia dengan batu atau tukul sambil baca ayat
    Kursi...kemudian bakar.

    Ludah dan pijak itu tujuannya menjatuhkan moral atau
    menghancurkan kesombongan jin tangkal tadi dan kesannya
    jin itu merasa sangat lemah tak berdaya dan tak berguna.

    Kalau tak guna petua di atas...maka terus rosakkan tangkal
    tadi sambil baca ayat Kursi..tiup kuat dan bakar...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Kalu org pakai jarak jauh gambar atu patung cm mna plak ustaz.pesakit nmpak benda tu ketika d rawat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia antara dua...samada rawan pesakit ditarik ke benda
      sihir...atau bisa jin itu masuk kedalam otaknya...
      maka pesakit boleh nampak atau boleh merasa berada
      dalam benda itu...

      wallohu a'lam

      Padam
    2. nampak itu tanda sakit...bukan kelebihan...maka
      hendaklah dirawat sehingga hilang kemampuan
      nampak itu...Wallohu a'lam

      Padam