Jumaat, 28 April 2017

SENARAI AMALAN...

Dalam blog nampak hati

1. Petua fatihah dan 3 Qul Pernafasan...catitan 31.12.15

2. Petua hancurkan jin dalam badan...14.08.15

3. Kata pemutus jin...29.01.15

4. Kata pemutus...04.01.16

5. Kata pemutus guru...29.01.15

6. Petua mudah buat air doa sendiri...23.07.15

7. scan diri sendiri...13.01.15

08.. rahsia jin ilmu...12.05.16

...dan sebagainya...

Blog rahsia nampak jin

1. SENARAI AMALAN PENDINDING...36.09.10

...dan sebagainya...

Sebahagian gangguan daripada 'sesekor' jin boleh ditamatkan
dengan kata pemutus...atau pembatal ilmu sihirnya melalui
pemusnahan benda sihirnya seperti tangkal...batu...cincin...
senjata...dan sebagainya...atau memusnahkan 'kembar'
benda sihir itu pada tapak tangan atau tubuh pesakit...
atau dengan memusnahkan kepandaian sihir jin itu langsung
pada tubuhnya...atau jin itu dikat...dikurung atau sengaja
dibunuh ( saya tidak ' berminat ' dengan tiga cara akhir ini )
dan sebagainya.

Ada juga yang dapat dihentikan dengan mendakwah jin ini
atau disuruh bersumpah atau dengan mana-mana tipu
helah....dan sebagainya...

Ada yang tak dapat dihentikan maka pesakit jaga amalan
maka jin itu cari orang lain.

Tak ada perawat 'terer'...yang ada hanyalah rawatan serasi
dengan bentuk dan cara gangguan...maka dengan izin Tuhan
mudah selesainya...kalau tak selesai-selesai juga biasanya
cuma bererti cara rawatannya kurang serasi.

Yang penting kita ingat...yang menguasai seluruh alam ini
hanya satu sahaja iaitu Allah semata-mata.

Wallohu a'lam

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan yang baik,
    Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih pada tuan kerana banyak yang tuan kongsikan dari blog rahsia nampak jin, nampak hati dan ufuk timur banyak membantu saya. Semoga Allah melindungi tuan dan keluarga.
    Sampai ke tahap sekarang,saya ada sedikit nak minda pandangan tuan..

    1. Untuk pengetahuan tuan, saya dan keluarga hampir 5 tahun di ganggu oleh jin2 yang di hantar oleh makcik saya kerana hasad dengki. Bermacam tempat kami pergi tapi masih tak kurang malah bertambah (mungkin Allah belum izinkan sembuh), dia letak pada kucing2 saya, dalam rumah habis penuh bulu2, badan kami gatal2 yang teruk, mak ayah saya asyik bergaduh, kucar kacir..sebab tujuan dia memang nak kami sengsara..apabila kami berubat baik kejap dan datang lagi gangguan..

    2. Untuk pengetahuan tuan juga, selama berubat, ada antara ahli keluarga saya 'bercakap'..dia dihantar oleh makcik saya..dan makcik saya ada banyak stok jin..jadi tiada masalah kalau sekor jin di buang atau terbunuh pun..kerana makcik saya ahli sihir yang memuja jin2 ni..selama saya buat apa yang tuan ajar berkesan..berkurang tapi dia akan hantar lagi yang baru..saya kena lagi..atau amalan saya belum habis konsisten lagi..

    3. last semalam jin dalam badan adik saya bercakap lagi semasa berubat..dia kata umur dia 23 dan dia level rendah..level7..dia cerita yang makcik saya ada pendamping "nenek", dimana kalau jadi apa2 makcik saya takkan rasa sakit sebab perjanjian, nenek tu akan jaga makcik..makna nya nenek tu adalah pendinding makcik..dan nenek itu akan supply jin2 kepada makcik saya untuk puja..dan untuk dapatkan perlindungan seperti itu satu perjanjian makcik buat, setiap bulan perlu sediakan ayam, kucing, ular , batu hijau, dan bulu untuk "nenek" tu..tanpa gagal..kalau tak nenek tu akan bunuh makcik guna pisau yang ada pada nenek tu..sebab kata jin yang bercakap tu..nenek tu ade pisau kecik..dan kalau makcik cuba tipu atau lari dari perjanjian nenek tu akan tahu dan bunuh makcik..sebab terlalu banyak bocorkan rahsia besar, makcik dah bunuh jin tu..tapi jin tu, perawat dah ajar mengucap sebelum di bunuh..

    4. Selama ni saya cuma baca apa yang tuan ceritakan dalam blog..tapi kali ni saya betul2 dengar cerita tu sendiri..saya nak minta padangan tuan apa yang saya perlu buat? Selama ni saya berubat, hanya buang konco2 dan level rendah..dan nenek tu akan supply jin dan hantar lagi..never ending..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Atiqah...Alhamdulillah sama-sama...

      1. Perkara lumrah bagi tukang sihir...sihir dihantar
      terus menerus...biasanya perasaan mereka itu separuh-
      nya dikuasai oleh jin...maka tidak hairan kalau
      ia merasa tak puas-puas dengan kejahatannya.

      kalau hanya dirawat maka jin baru pula datang...maka
      sepatutmya tukang sihir juga perlu diuruskan untuk
      menghentikan kejahatannya.

      2. Cuma dari satu sudut pula...ada masalah lain...
      iaitu jin yang kata makcik tu...boleh jadi benar...
      boleh jadi berdusta...boleh jadi makcik tu sihir
      boleh jadi ia juga ada gangguan dan gangguan itu
      menyerang orang lain tanpa pengetahuannya sendiri,

      Maka kita ambil jalan tengah...bahawa Allah lebih
      mengetahuinya...tapi dalam masa yang sama kita
      ambil tindakan yang perlu kerana kita tidak tahu
      tapi kita perlu pula mempertahankan diri

      Bagi keadaan biasa apabila ada perjanjian manusia
      dengan jin...melalui sesuatu benda seperti pisau
      maka sebaik jalan adalah memusnahkan pisau itu
      dengan mematahkan dan membakarnya.

      Padam
    2. 3. Jalan lain adalah dengan jarak jauh tapi ia
      perlu perawat yang tahu...jadi sedapat boleh saya
      cuba bagi petuanya pada Atiqah.

      Sila lihat tajuk SENARAI AMALAN PENDINDING pada
      blog ini catitan april 2017...lihat cara buat air
      doa sendiri.

      Buat air doa guna minum mandi dan renjis pada
      setiap penjuru ruang dalam rumah 11 hari berturut-
      turut...atau guna botol penyembur...spray kabus
      semua ruang dalam rumah sambil terus baca ulang-
      ulang Ayat kursi atau fatihah...niat mohon Allah
      hancurkan dan batalkan semua sihir dalam rumah.

      Air ini boleh buat sendiri untuk diri dan orang
      lain...atau ajar orang lain buat sendiri.

      Padam
    3. 4. Cuba amal kata pemutus dengan caranya...

      Baca istighfar 3x...Bismillah 3x...syahadah 3x
      dan salawat 3x...kemudian lafaz saya hadiahkan
      fatihah ini kepada Rasulullah saw dan kepada
      sekelian saudara seagama saya (orang Islam)
      dan khusus kepada niat saya...Ya Allah lindungi-
      lah kami dari kejahatan setiap makhlukmu...dan
      hancurkanlah batalkanlah sehabis-habisnya setiap
      gangguan juga sihir sekiranya ada pada kami...

      Baca Fatihah secara suara terang sekali...

      ...dan kemudian ini memerlukan sedikit keberanian
      dan ketabahan...iaitu tutup mata dan lafaz...
      ta awwuz 3x....Bismillah sekali...dengan nama Allah
      saya mahu bercakap pada semua jin yang mengganggu
      saya dan keluarga saya...ulang 3 kali sambil
      bayangkan semua jin yang mengganggu samada dari
      dalam badan...atau dari luar...yang datang sendiri
      atau dikirim semuanya berkumpul didepan anda...

      Kalau tidak biasa...kalau Allah izinkan...maka kita
      akan rasa seram atau dapat merasakan kehadiran
      benda lain didepan atau sekeliling kita terutamanya
      kalau ada gangguan pada diri...namun ini petanda
      baik bahawa makhluk makhluk jin itu dapat kita
      tarik datang untuk mendengar kata pemutus dari
      kita.

      Padam
    4. Sambil tu teruskan zikir Allah Allah dalam hati
      sebagai perisai diri...dan bila cukup bersedia
      maka lafaz dengan nada tegas niatkan kata pada
      semua jin yang hadir...

      Baca Ta awwuz 1x...Bismillah 1x...takbir 7 kali
      sambung...Wahai sekelian bangsa jin...dengan nama
      Allah...mulai saat ini...saya putuskan semua
      hubungan saya...keluarga saya...dari kamu seluruh-
      nya.

      ...wahai sekelian bangsa jin...dengan nama Allah mulai sekarang...saya haramkan tubuh saya...
      keluarga saya...kediaman saya...dengan nama Allah
      saya haramkan daripada sentuhan dan gangguan kamu
      semua...

      ...wahai sekelian bangsa jin...dengan nama Allah
      saya perintahkan kamu balik ke alam kamu sendiri
      dan jangan lagi balik kepada saya..keluarga saya
      atau kepada sesiapa juga manusia untuk selama-
      lamanya...kalau kamu degil atau ingkar mudah-
      mudahan Allah hancurkan kamu semua sehancur-
      hancurnya...

      Wahai sekelian bangsa jin...dengan nama Allah mulai
      saat ini saya batalkan semua syarat...sumpah..perjanjian atau apa juga benda
      sihir yang pernah diberi oleh sesiapa juga manusia
      pada kamu semua...

      Ya Allah hancurkanlah dan hilangkanlah semua ke-
      kuatan sihir daripada fikiran..perasaan...dari
      seluruh panca indera...daripada seluruh tubuh dan apa juga benda sihir dari sekelian jin ini...
      sehabis-habisnya tanpa ada sisa sedikit pun lagi.

      Padam
    5. Kemudian baca fatihah 11 kali...Al Ikhlas 11 kali...
      2 Qul tujuh tujuh kali...tutup dengan takbir 7 kali
      dan kali tujuh tu sambil tepuk tangan sekali
      bayangkan hancur segala sihir dan benda sihir
      seluruh jin tersebut..tekan antara dua tapak
      tangan pusar 3 kali kemudian sapu pisahkan antara
      keduanya sambil tiup kuat sekali bayangkan
      hilang segala sihir dan benda sihir termasuk
      khususkan pisau tersebut.

      Padam
    6. Boleh tambah selepas fatihah 11 kali itu...Ayat
      Kursi 11 kali...kemudian seterusnya...atau
      baca fatihah 11 kali kenudian baca yasin
      sekali tutup Ayat Lau Anzalna 3x...dan 3 Qul
      tiga-tiga kali...barulah takbir tadi...

      ...terpulang pada mana cara yang kita pilih atau
      rasa sesuai...

      Buat setiap hari sekali terutama pada waktu malam
      atau lepas tahajud...siapapun boleh buat jadi
      wakil keluarga.

      Kelebihan bagi orang yang ada gangguan jin...apa-
      bila jin mengganggu seseorang maka jin itu meniup-
      kan bisanya ke dalam badannya.

      Maka jin itu menjadikan bisanya itu laluan ke badan
      manusia tapi sebaliknya pula dengan laluan itu boleh jadi pula laluan serangan balik pada jin tersebut.

      Ini hanyalah ikhtiar...jadikan amalan sehingga 7
      hari berturut dan Insha Allah kalau hasilnya
      lebih baik maka teruskan sehingga mana rasa
      perlu.

      Kalau tanpa pemutus amal Tahajjud dan yasin setiap
      malam niatkan minta kesembuhan dari Allah dan
      musnah segala gangguan serta sihir...dan mudah-
      mudahan Allah memberi petunjuk dan hidayah
      keinsafan pada penyihir sekiranya ada.

      Adapun kata pemutus adalah petua semata-mata tapi
      ia melibatkan kekuatan dalaman dari diri kita sebagai manusia ke atas bangsa jin...

      Wallohu a'lam

      Padam
  2. NOTA..

    segala penyakit atau gangguan perlu kaedah atau cara
    rawatan yang serasi...kalau serasi maka positif
    hasilnya...kalau tak serasi...maka kurang kesannya.

    Maka serasi tidak itu kita nilai sendiri perkembangan
    dan hasilnya.

    Bagi setiap orang yang ada gangguan dalam badan
    semada jin atau angin bisanya maka sebaiknya pantang
    makan telur ayam...buah pisang dan daging binatang
    berkaki 4 untuk sementara...dan banyakkan baca
    Qur an...atau pasang rakaman rukyah dalam rumah
    setiap hari atau sepanjang malam...elakkan muzik
    tak halal kerana ia memberi kelebihan pada jin
    dalam rumah...wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Pada amalan di atas...sebaiknya Atiqah amal mana juga
    yang mampu terutama fatihah dan 3 Qul pernafasan...
    kalau mampu juga Ayat manzil..wallohu a'lam

    BalasPadam