Isnin, 4 September 2017

KHASIAT BISMILLAH LIMA

KHASIAT BISMILLAH LIMA...

Kalau tak dikira ayat...Bismillaahirrohmaa nir...
rohiim...maka ia dipanggil Bismilah Empat...

Kisah 1...Pengajaran Dari Roh...

Nenek itu..sejak mudanya didampingi jin saka...
tapi makhluk itu tak mengaku dirinya sebagai jin
sebaliknya ia mengaku sebagai roh anak nenek ter-
sebut yang telah meninggal dunia sejak kecilnya.

Setelah anak itu meninggal dunia...roh anak itu
terus hidup di alam ghaib...iaitu di Alam Akhirat.

Ia terus memebesar dan bersekolah hingga ke tahap
'universiti'...dan kini setelah ia dewasa...roh
anak lelakinya itu kembali semula ke dunia untuk
mencari dan mendampingi ibunya...

Nenek itu yang pada mulanya sering menjual sayur
di pasar...telah berhenti dan tinggal dalam rumah
sahaja atas nasihat roh anaknya yang kasihan me-
lihat ibunya berpenat lelah membuat kerja-kerja
berat...

Dan sebagai gantinya...roh anak lelakinya itu me-
ndampingi ibunya serta membimbingnya menjadi pe-
rawat kepada berbagai penyakit ganjil...

Maka...hadiah daripada pesakit-pesakit juga seba-
gai wang jaminan keselamatan mejadi punca pendapa-
patan baru nenek tersebut...

Suatu ketika..seorang jiran bukan beragama Islam
datang berjumpa dengan nenek itu...ia mengalami
suatu penyakit yang tak sembuh oleh rawatan hos-
pital...

Walaupun roh anaknya melarang nenek itu merawat
jiran tersebut dengan alasan tubuh non Islam tak
bersih...namun kerana sifat nenek yang sangat
mudah simpati itu...ia terus juga merawatnya...

Sebaik sahaja jiran itu pulang...nenek itu meng-
alami sakit seperti ditekan sesuatu pada bahu ka-
nannya...

Sakitnya sehingga nenek itu tak dapat mengangkat
tangan kanannya dan terus menanggungnya tak kira
siang ataupun malam...

Hampir dua minggu...bahu nenek itu terus sakit ta-
npa sebarang perubahan walaupun ia dah meminta air
doa daripada perawat mentera...

Kebetulan atas sesuatu sebab...saya berjumpa den-
gan nenek tersebut...dan mungkin kerana terdesak
nenek itu berterus terang meminta rawat bahunya...

Saya langsung tak berpengalaman tentang sakit bahu
tapi nak menolak begitu sahaja pun rasanya tak baik.

Maka saya meletakkan tapak tangan kanan atas bahu
nenek tersebut dan membaca Bismillah Lima...

Pada kali ketiga saya membacanya..roh anak nenek
itu bercakap melalui lidahnya..."tak guna ibu mi-
nta rawat...sakit ini tidak akan hilang sebelum
sampai 40 hari...sebagai pengajaran kerana melan-
ggar pantang larang..."

Hati saya serba sedikit rasa tergugat dengan keja-
dian itu tapi terus membaca Bismillah Lima hingga
tujuh kali...kemudian meniup perlahan ke bahu nen-
ek tadi...

Ternyata rasa sakit itu hilang serta merta...dan
nenek itu dah boleh mengangkat tangan kanannya...
dengan izin Allah...

Kisah 2...Pelias Bahaya...

Sebaik sahaja rakan itu keluar dari pintu rumahnya
..ia membaca Bismillah Lima sebanyak tujuh kali...

Ternyata..dari jam 8 malam hingga ke paginya...ra-
kan yang keluar memburu itu tak menjumpai sebarang
binatang...seolah-olah hutan tebal itu dah tak ada
binatang liarnya...

Berbeza kalau ia keluar rumah tanpa membaca Bismi-
llah Lima seperti biasa...sekurang-kurang pasti ia
akan terserempak degan pelanduk...

Pejelasan...

1.Bismillah Lima itu jika dibacakan pada sesuatu
tempat sakit..dan ditiup lembut...maka hilang sak-
itnya...maka menunjukkan penyakit itu melibatkan
gangguan jin...

Kadang-kadang sakit itu hilang sekejap...kemudian
datang semula...atau serta merta kurang sakitnya..
atau...memberikan sebarang tindakbalas termasuk
sejuk...panas...berdenyut...ada benda bergerak...
serta merta bertambah sakit dan sebagainya...
maka yang demikian itu menunjukan ada penglibatan
gangguan jin...

2.Apabila anda memberi air doa pada seseorang...
maka anda boleh meletakkan tapak tangan...hujung
jari atau sekadar menunjukkan jari telunjuk ke-
arah tempat yang sakit...

Baca Bismillah Lima 7 kali...kemudian tiup perla-
han ke tempat yang sakit...

Sebelum nafas habis ditiup...anda tiup pada air
doa samada dalam botol atau dalam gelas...

Ia bererti..air doa itu 'istemewanya' adalah un-
tuk tempat yang sakit tersebut...

3.Ayat akhirya...Bismilla hillazii laa ya dhurru
...dan seterusnya...

- dibaca 3 kali sebelum makan makan atau minum
akan menjadi penawar racun...

- dibaca 3 kali pagi petang untuk mencegah rasukan
jin...

- dibaca 3 kali...mudah-mudahan dihindarkan Tuhan
daripada segala bahaya dan kemudaratan...juga di-
baca pagi dan petang...

4.secara 'teorinya'..apa yang berlaku pada kisah
rakan yang berburu...

Iaitu apabila ia membacanya sambil berniat untuk
pergi ke sesuatu tempat atau kawasan...maka bina-
tang buas atau berbisa mula menghindar daripada
kawasan tersebut...

...ia termasuk pada sepanjang laluan perjalanan-
nya...dan menjadi 'kawasan selamat'tanpa sebara-
ng gangguan serta bahaya...

Malah bukan sahaja binatang berbahaya...binatang
liar lainnya juga akan turut menghindar atau men-
ggalkan kawasan tersebut...kerana khasiat ayat
itu adalah untuk keselamatan...termasuk selamat
daripada sebarang gangguan dari binatang liar...

...dan Insya Allah...juga daripada gangguan jin
pada sepanjang perjalanan...

Maka ia boleh diamalkan...iaitu membacanya 7 kali
ketika kita keluar rumah sambil berdoa memohon
keselamatan dalam perjalanan pergi dan kembali...

...iaitu keselamatan daripada sebarang bahaya...
samada bahaya yang kelihatan atau tersembunyi (gh-
aib)

Dan pastinya masih banyak khasiat lainnya...Insya
Allah...

Wallohu a'lam

1 ulasan: