Ahad, 25 Disember 2016

Jin dalam buah pinggang...

Asalnya sakit ibu itu perut dan pinggang kirinya. Doktor hanya dapat mengesan air
kencingnya kotor iaitu ada kuman dan serangan pada buah pinggang kirinya.

Saya dapati semuanya dari sebab gangguan sahaja... dengan izin Tuhan sakit perut-
nya sembuh tapi masih sakit pada buah pinggang kirinya.

Namun ada bendanya tak kena apabila sakit pada pinggangnyaitu 'agak liat'... hilang
sekejap kemudian datang balik.

Saya sempat terasa buntu... berbagai cara sudah saya lakukan tapi tiba-tiba terlintas
pada hati saya ibu itu mungkin ada anting-anting... dan ternyata ada.

Sebaik sahaja anting-anting di telinga kirinya dibuka... dengan izin Tuhan sakit buah
pinggangnya hilang begitu saja...tapi ibu itu terasa ada sesuatu bergerak di situ.

Says pasti ianya jin dan menariknya keluar dan masuk ke dalam duit syiling.

Ibu yang sedang menutup mata dan menumpukan perhatian itu memberitahu ada
seorang lelaki (jin)  yang sedang memegang selendang merah dalam duit itu. lelaki
itu jelas Cuba keluar tapi ianya kelihatan terkurung di situ.

Dengan izin Tuhan saya musnahkan kain tersebut dan jin itu hilang dari pandangan-
nya... tandanya sihir jin itu sudah lumpuh atau hilang.

Anting-anting itu dibelinya di tamu Ranau dengan harga rm 20 tapi tentunya si ibu
tak menyangka ianya berjin.

Benda berjin boleh berpunca dari bahan mentah berjin... atau pembuatnya berjin
atau penjualnya berjin atau pernah disentuh orang yang berjin... atau Ada jin suka
dan masuk atau mengikutnya.

Wallohu a lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan