Isnin, 12 Jun 2017

HAKIKAT PENYAKIT DARI SEBAB GANGGUAN JIN

Apa juga gejala dan penyakit yang disebabkan oleh gangguan jin
adalah berpunca dari sihir bangsa jin.

Maka untuk merawat..kita perlu mematikan atau melumpuhkan
atau menghentikan sihir jin tersebut...maka dengan izin Allah...
gejala atau penyakit itu akan hilang dengan sendiri bersamaan
ketika kekuatan atau tenaga sihir jin itu hilang.

Kalau kita rawat gejala atau penyakit sahaja...maka gejala atau
penyakit itu akan tetap utuh atau sekadar sembuh  atau sekadar
berkurangan  sementara  sahaja...kerana aliran tenaga  sihir dari
jin  yang terlibat akan  terus menerus mengalir pada gejala dan
penyakit tersebut.

Wallohu a lam

8 ulasan:

  1. Salam...tuan.saya ingin bertanya...saya memang ada masalah pada perut iaitu gastrik dan juga acid reflux..2 3 malam saya ada membuka ayat manzil untuk saya dengar sampai tertido area perut dan dada kuat bergoyang dan macam ada angin di dalam perut berkocak sekali..itu gangguan ke tuan...sepanjang ramadhan ni saya memang kurang sihat kerana masalah pada perut dan penafasan

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth puan...

    Maaf ya...ia biasanya gejala jin tinggal dalam perut dan
    dada...mungkin jin sama cuma penempatannya agak luas...

    BalasPadam
  3. Sila rujuk ya...tajuk SENARAI AMALAN pada blog ini catitan
    april...sebaiknya amal Fatihah dan 3 Qul pernafasan...
    dan buat air doa sendiri jadikan minuman harian.

    Kalau Insha allah rasa ringan sedikit maka rujuk pada
    petua hancurkan jin dalam badan...kisar bahagian dada dan
    perut sekali kemudian buang sisa bisanya...tapi kalau
    terasa ada rasa kurang selesa pada bahagian tangan kanan atau kiri atau kaki kanan atau kiri maka kisar dan buang
    keluar ikut hujung jari,

    Air doa juga guna campur mandian harian terutama waktu asar dan kebawah..renjis air doa juga dalam bilik tidur...

    Pantang makan telur ayam...buah pisang dan daging binatang
    berkaki 4 semata berubat atau merawat diri atau apabila
    perut rasa sakit atau kurang selesa,

    Teruskan malan walau cuti bulan niat baca ayat Qur an sebagai baca doa...pantang dengar muzik tak halal
    samada dari tv atau radia...sebaliknya selalu pasang
    manzil atau ayat Qur an lainnya.

    Boleh juga sambil dengar bacaan manzil sapu bulatan
    bahagian tempat sakit sambil zikir Allah...Allah niatkan
    mudah mudahan Allah hancurkan dan hilangkan segala gangguan dari sihir saka atau sebagainya.

    Baik juga puan ya kalau sambil minta rawat perawat yang
    pakar dan diyakini...

    ..maaaf kalau panggilan puan tak kena ya...

    Wallohu a lam

    BalasPadam
  4. terima kasih byk ye saya akan cuba buat amalan tu...dan saya juga ada merasa sedih dan sayu apakah makna tu ye

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...sama-sama puan...

    Tandanya jin yang damping kita itu sayangkan kita...biasa-
    nya jin lawan jantina yang sayangkan kita...atau ianya
    jin saka dari keluarga-keluarga kita terdahulu.

    Cuma yang jadi pokok pangkalnya jin itu sayangkan kita.

    Apabila kita berniat mahu buat sesuatu amalan...atau mula
    buat satu amalan...tiba-tiba jadi sedih sayu atau tambah
    sedih sayu...bererti jin itu dapat mengesan bahawa berkat
    amalan itu berpotensi untuk memisahkan jin itu dari kita
    maka lebih kuat sedih sayunya tandanya lebih baik dan
    sesuai amalan itu untuk kita.

    Dari satu sudut lain...gangguan perasaan ini tandanya
    jin sudah masuk ke dalam bahagian jantung...tanda lainnya
    kadang- kadang jantung kita berdebar tanpa sebab...maka
    untuk mengeluarkan jin atau angin bisanya dari jantung
    buat rawatan kisar di atas dada bertentangan jantung.

    Cuma jangan buat sekarang...sebaiknya amal dan buat apa
    dulu yang termampu...jika kita rasa lebih baik atau
    lebih yakin baru buat rawatan kisar tersebut.

    pabila jin sudah dapat masuk ke dalam jantung maka apa
    saja jin itu rasa kita akan turut rasai...iaitu sebenar-
    nya jin itu yang rasa sedih sayu tidak mahu berpisah
    dengan kita...oleh kerana ia dalam jantung...maka kita
    turut merasai perasaan jin tersebut.

    Cuma hanya kita tidak tahu sebabnya kita rasa sedih sayu
    maka inilah puncanya...jangan ikut atau layan sangat
    perasaan jin ini...Insha Allah puan ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. Salam ustaz.apa bacaan utk membuka hijab pesakit

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth Polaju...

    Asasnya tak ada bacaan khusus yang penting perawat ada
    baca rukyah contohnya sambil niat dan ingatkan juga
    pesakit sebelumnya agar niat sama iaitu Ya Allah sekira-
    nya penyakit saya ini dari sebab gangguan jin...samada
    jin saka..jin sihir jiin ilmu atau dari mana juga...
    mak Ya Allah perlihatkan saya kepadanya.

    Sambil merukyah perawat terus menerus niatkan membuka
    pandangan mata 'batin' pesakit itu kepada jin atau
    punca gangguanya.Pesakit pula terus memejam mata...
    sambil zikir Allah..Allah dalam hati.

    Boleh juga bagi perawat terutama yang ada 'karan' pada
    jari telunjuknya terutamanya dari perawat rukyah maka
    letak jari telunjuk kanan pada tengah dahi pesakit
    dan berlapis kalau pesakit perempuan...sambil membaca
    rukyah.

    AMARAN...Buka hijab kalau tak dapat dihilangkan ketika
    rawatan...boleh berakibat buruk pada pesakit seperti
    ia terus menerus terbayang makhluk yang dilihatnya
    semasa buka hijab tadi menjadikan ia sentiasa dalam
    ketakutan dan ditakuti pula disangka orang ia jadi
    gila...maka jin atau punca gangguan tadi perlu di
    selesaikan sebelum pesakit buka mata semula...harap
    jangan ambil mudah perkara ini...

    Tujuan buka hijab adalah untuk membuat kata pemutus pada
    jin yang mengganggu atau melumpuhkan kekuatan sihirnya...
    atau menghancurkan alat sihir yang ditanam atau dipasang
    pada tempat jauh atau tempat yang tidak dikenali.

    Insha Allah...saya akan kongsikan selanjutnya tentang buka
    hijab ini dalam tajuk besar BUKA HIJAB....Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. Wa alaikum salam wbkth Polaju...