Isnin, 7 Ogos 2017

Cahaya Ayat Manzil...Pada Pandangan Jin...

Pada pandangan mata jin...orang yang meng-
amalkanAyat Manzil ini...akan ada padanya
satu lapisan cahaya yang meliputi tubuhnya...

Lapisan cahaya ini berwarna putih...serta panas...
dan semakin lama seseorang itu mengamalkan
Ayat Manzil...maka lapisan itu bertambah tebal
dan panas...

Seorang rakan...dalam jarak seratus meter sebe-
lum sampai ke satu tempat...
jin di tempat itu sudah dapat merasakan bahang
panas lapisan cahayanya...

Iaitu sebelum nampak 'orangnya'...jin sudah tahu
ia akan datang...dari sebab jauhnya jangkauan
cahaya yang meliputi tubuhnya...

Jika dalam sesebuah rumah itu tidak ada orang
sembahyang atau membaca Qur'an di dalamnya
maka pada pandangan jin...suasana dalam rumah
itu suram dan kelam...

Iaitu keadaan yang digemarinya...(...walaupun
contohnya rumah itu secara zahir sangat terang
oleh cahaya lampu...)

Tapi bila ia dimasuki oeh orang yang mengamalkan
Ayat Manzil...maka suasana kelam tadi menjadi
cerah ceria pada pandangan mata jin...dan panas.

Dari segi lain...lapisan cahaya putih yang tebal itu
sangat berkesan dalam menghalang serangan jin...

Pertama sekali...kerana semakin ia menghampiri
seseorang itu...
semakin panas bahang yang dirasakannya...

Tanpa perlu menyerang...sesekor jin itu sudah tahu
samada ia mampu mengatasi seseorang manusia itu
atau tidak...
hanya dari ukuran luasnya capaian lapisan cahaya
putih ini...

Ia akan sampai satu peringkat...jin itu akan terbakar
sebelum sempat menyentuh seseorang yang tebal
lapisan cahayanya...

Maka perkara jin lari sebelum terserempak menjadi
perkara biasa...ia terutamanya bagi jin liar...

Bagaimana pun...jin ini banyak jenis dan bangsanya...
dan sebahagiannya mempunyai kelebihan serta
kekuatan yang lebih daripada yang lainnya.

Contohnya...
jin mungkin lari sebelum sempat ia nampak anda...
manakala yang lainnya pula mungkin masih dapat
bertahan mendekati anda...terutama jika kebetulan
anda ada jin saka...juga jenis jin tertentu yang men-
dampingi tukang-tukang sihir...

Maka pengamal Ayat Manzil masih berkemungkinan
menghadapi serangan jin tertentu...
terutamanya kalau anda terlibat secara aktif perkara-
perkara atau perbuatan-perbuatan yang berkaitan
dengan jin...

...contohnya anda menjadi...atau membantu perawat...
menyimpan tangkal atau secara tak sedar mengamal-
kan sihir...menjadi sasaran pendengki...
atau...orang-orangyang sakit hati...dan sebagainya.

Cuma mengikut pengalaman sendiri...setakat ini...
sehebat mana pun serangan yang diterima...anda
mungkin tak perlu mencari perawat...kecuali kalau
anda rasa perlu...maka tak mengapa berubat juga
dengan orang lain...

Wallohu a'lam.

2 ulasan:

  1. salam ustaz,
    saya telah mengamalkan manzil selama 50 hari, tp saya tidak merasa ketenangan, saya semakin sakit, kepala pening, adakah kerana ada gangguan bertindak balas di dalam badan menyebabkan jadi begitu atau bagaimana ye...ada satu hari tu tasbih saya putus ketika berzikir...

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth saudari...

    Kalau amal ayat Manzil...buatkan juga airnya guna minum campur air mandi setiapdan renjis pada 4 penjuru bilik .

    Silalah amal juga 3 Qul pernafasan untuk membuang angin
    bisa atau jin dari badan melalui hujung jari kaki...
    atau buat rawatan kisar pada bahagian kepala yang sakit
    lalu buang kedepan.

    Semakin sakit boleh berpunca dari pengisian semata-mata
    tapi terus membiarkan jin atau angin bisa pada tempatnya
    maka sebaiknya ia dikeluarkan.Maka kisar dan 3 Qul per-
    nafasan adalah antara cara rawat dan buang...begitu juga
    mandi.

    Punca lain..pastikan saudari tidak menyimpan sebarang
    benda apa juga yang menjadikan jin damping atau masuk
    badan...ini boleh kita tahu kalau dekat atau pakai
    benda itu maka rasa kurang selesa...atau sebaliknya
    kalau kita buang maka perasaan terasa lebih lega
    contohnya barang perhiasan atau benda antik atau
    apalagi tangkal.

    Tasbih putus menunjukkan gangguan dari jin ilmu...
    mungkin dari saka...benda atau jin buangan orang lain
    maka pada keadaan ini perlu perawat yang berpengalaman
    sambil merawat diri sendiri...dan pastikan kalau tempat ada kaitan contohnya masuk rumah atau bilik rasa gelisah
    atau sakit maka tempat ini juga perlu dirawat dan
    dipagar...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam