Isnin, 7 Ogos 2017

KHAMIS, 23 JULAI 2015

PETUA MUDAH BUAT AIR DOA SENDIRI...

Iaitu cara mudah buat sendiri air doa...

1. Contohnya..air dalam botol mineral 1.5 liter...
buka tutupnya...

2. Dekatkan muncung botol ke bibir agar apa-
bila membaca suroh atau doa...nafas sampai
pada air.

3. Baca fatihah satu kali...kalau dengan 7
waqaf atau 7 kali berhenti lebih baik....
dengan suara jelas dan sekurang-kurangnya
dengar sendiri atau lebih kuat lebih baik.

4. Lafazkan doanya...

. Ya Allah jadikan air ini ubat dan penawar
kepada segala penyakit dalam badan saya...
sebutkan semua sakit yang dirasa maka lebih
baik

Ya Allah jadikan air ini penawar kepada
segala bisa-bisa dan racun-racun dalam
badan saya samada ia dari angin...air...
makanan...atau dari mana juga asalnya.

Ya Allah jadikan air ini racun yang sangat
bisa sehingga dapat membunuh dan men-
hancurkan segala jin yang ada dalam
badan saya samada jin saka...jin sihir...jin
tangkal...jin ilmu atau jin yang datang dari
mana juga.

Tiup air sekuat hati..

5. Baca Suroh Al Ikhlas sebaik-baiknya
3 kali...dan tiup air sekuat hati.

6. Baca Suroh Al Falaq satu kali...tiup
air sekuat hati...

7. Baca Suroh An Naas satu kali...tiup
air sekuat hati....

Ini sudah memadai dan kalau anda mahu
tambah ayat atau suroh lain...maka ter-
pulang pada anda...dan sebaiknya
setiap selesai membaca satu-satu suroh
atau ayat tiup air sekuat hati.

Air ini guna minum dan sapu muka....
campur air mandian dan pula boleh
renjis 4 penjuru bilik.

Asalkan ikut petua ini...anda tak perlu
risau kalau anda buat dengan rasa kurang
yakin....kerana Insha Allah ia berkesan
dengan izin Tuhan...

....dan setiap kali anda buat air baharu...
anda akan bertambah yakin...

Keyakinan dan keikhlasan serta peng-
harapan kepada Tuhan akan membeza-
kan kekuatan kesan antara seseorang
dengan orang lain....walau ia guna petua
yang sama.

Air ini untuk diri dan boleh pula untuk
anak-anak atau ahli keluarga lain....
atau untuk sesiapa juga orang lain...
sebaiknya jadi minuman harian walau
sekali dalam sehari namun secara ber-
terusan.

Nota

1. Boleh pula ditambah kaedah di atas
dengan fatihah sekali itu dibaca ayat
Iyyaaka na'budhu wa iyyaaka nas ta
iin...7 kali....sambil kita niatkan dalam
hati tujuan atau hajat kita...contohnya
seperti niat minta Tuhan jadikan air
itu ubat...penawar....dan pembakar
serta pemusnah semua jin dalam badan
baru kita sambung ayat Ihdinash....
sehingga habis suroh.

2. Boleh dan lebih baik pula sebelum
memulakan fatihah baca Istighfar 3x...
Bismillah...3x...salawat 3x....

3. Dan boleh pula sebelum baca fatihah
niatkan fatihah itu hadiah kepada Rasul-
lullah SAW...keluarga dan sahabat
beliau....serta kepada ibubapa dan
sekelian kaum muslimin....dan kepada
niat kita...mudah-mudahan mendapat
limpah rahmat dan keberkatan dari
Tuhan...

Iaitu terpulang kepada cara mana yang
kita pilih sendiri...

...Insha Allah akan bersambung...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan