Ahad, 14 Januari 2018

Gangguan Jin Pada Si Anak Kecil.

Anak perempuannya yang berumur 5 tahun tiba-tiba saja
berubah perangai menjadi sangat aktif dan akan naik
marah apabila ditegur atau dilarang berbuat sesuka hati-
nya.

Malah sebaik saja saya berdiri didepan pintu rumah mereka
anak kecil itu meluru seperti nak menerkam saya....namun
bapanya sempat memeluknya.

Anak kecil itu juga sering menangis seperti melihat sesuatu
yang menakutkannya terutama di waktu malam,.

Hasil dari ' scan ' saya dapati memang anak kecil itu di
datangi jin pada masa tertentu...dan jin itu yang menakuti-
nya.

Ketika saya membuka hijab bapanya...ternyata si bapa ter-
sebut juga ketakutan melihat waajah jin tersebut....maka
apalagi si kecil.

Jin itu sebenarnya menumpang  tinggal dalam lengan kanan 
bapa anak itu.Sebaik sahaja saya menarknya keluar dan
memusnahkan tenaga sihirnya...anak kecil itu menjadi lemah
lalu tertidur nyenyak.

Biasanya kalau anak kecil mengalami gangguan maka 
sasaran pertama yang perlu di pereksa adalah orang yang
paling rapat dengannya sehari-hari.

Kalau kebetulan gangguan itu berpunya dari orang rapat 
atau keluarga tuanya...maka rawatan pada seseorang anak
itu biasanya  hanya akan memberi kesan sementara atau 
mungkin tak akan berkesan.

Nota

1. Bukan semua gangguan pada seseorang anak itu asal-
nya dari orang tuanya...kadang-kadang ada juga jin yang
sengaja datang mengganggu atau cuba mendampingi...
namun orang tuanya atau orang dewasa yang rapat dengan-
nya perlu dipastikan terlrbih dahulu.

2. Kebanyakan gangguan datangnya dari jin yang pernah
mendampingi manusia terdahulu...sebagai jin ilmu....dan
apabila tuan asalnya membuangnya atau meninggal dunia
maka jin itu berusaha mencari tubuh tumpang ganti...maka
dari sini akan timbulnya gejala gangguan pada manusia
yang disasarkannya.

Ini sebabnya...anda yang jadi sasaran  perlu mendapat rawatan
daripada orang yang berpengalaman...iaitu kerana anda ber-
depan dengan jin berpengalaman deengan manusia terdahulu.

Kadang-kadang kita tewas bukan kerana amalan diri yang
tidak cukup...tapi tewas semata-mata kerana tipudaya jin ter-
sebut.

Wallohu a lam

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan Juneid,ijazahkan kepada saya al fatihah pernafasan dan 3 qul pernafasan. Mohon izin untuk sy amalkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth tuan...Alhamdulillah..silakan
      semoga bermanafaat untuk kita semua dengan izin Allah..Wallohu a'lam

      Padam
  2. assalamualaikum tuan juneid.. slmt berpuasa.. apa khabar..? moga tuan sekeluarga sihat sentiasa.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum tuan..( ketika saya membuka hijab bapanya...ternyata si bapa ter-sebut juga ketakutan melihat waajah jin tersebut....makaapalagi si kecil.) soalan saya.. bagaimana cara membuka hijab pandangan pada org lain itu..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth saudara...Amiin..Alhamdulillah
      ...caranya dulu saya letak hujung jari telunjuk
      ke tengah dahi pesakit kemudian baca ayat Kursi sambil niatkan buka hijab pesakit pada jin yang mengganggunya.

      Sekarang saya gunakan gelombang aura dari tengah dahi saaya salurkan ke tengah dahi pesakit sambil
      niat buka hijab pesakit.

      Mata kana bersambung ke otak kiri..mata kira ber-
      sambung ke otak kanan..silang sambungan itu pada tengah dahi adalah 'mata' ketiga kita.

      Ini adalah penjelasan kasarnya namun secara lebih
      dalam...terpulang pada pengetahuan dan latihan kita
      dan yang paling penting adalah dengan izin Allah.

      Buka hijab mesti ditutup semula kalau tak mungkin
      pesakit akan terus nampak atau terbayang..dan
      boleh menyebabkan gangguan berpanjangan.

      Wallohu a'lam

      Padam
    2. AsSalam Tuan Junied,bgaimna pula cara utk mnutup kembali hijap yg dibuka?adakah cara yg sama?
      Tuan,blh kah tuan merawat dgn jarak jauh?sbb skrg sy tggal di semenanjung..
      Terima kasih..

      Padam
  4. Assalamualaikum, tuan junied, bagaimana caranya pulak untuk tutup hijab pesakit, setelah kita merawatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth...sebenarnya pesakit itu nampak
      jin kerana ada jin dalam diri...otak tengah atau matanya
      atau ada jin sengaja memperlihatkan diri pada pesakit.

      Buang jin itu maka hijab akan hilang...kalau masih
      nampak bererti masih ada jin dan rawatan belum selesai.

      Wallohu a'lam

      Padam
  5. Terima kasih banyak2 Tuan Juneid.dah lama Tuan tak kongsi pengalaman di sini. Selepas merawat pesakit. Apakah pendinding yg sesuai untuk kita nasihatkan kpd pesakit. Kerana kalau diri manusia lemah dan lalai..jin akan menganggu lagi kan Tuan Juneid.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah saudara...sama-sama...

    Betul...mak sebaiknya kita bekalkan air doa atau apa saja yang
    kita boleh sediakan untuk dibawa dan digunakan oleh pesakit.

    Biasanya amalan paling mudah tapi berkesan yang saya dapati
    hingga setakat ini adalah malan 3 Qul pernafasan...iaitu baca
    fatihah sekali salawat 3 kali tiga Qul tiga-tiga kali pada dua tapat tangan...sapu mula dari muka hingga hujung jari kaki.

    Disamping jaga pantang seperti buang semua tangkal atau benda berjin jika ada dalam simpanan...atau kalau jin sudah masuk badan
    pantang sementara makan telur ayam daging binatang berkaki 4 juga pisang untuk sementara teruta asemasa berubat atau merawat diri..
    jauhi muzik yang melalaikan...selalu berwuduk sekadar mana mampu
    amal yang wajib buat yang sunat sekadar mana mampu...jauhi
    perkara dosa selalu baca Qur an atau dengar rakaman baca
    Qur an terutama sepanjang tidur malam.

    Kalu mampu iaitu mengikut pengetahuan perawat...ada jin yang
    boleh kita matikan ilmu sihirnya maka dengan ini jin itu tidak
    lagi ada kekuatan untuk mengganggu pesakit atau orang lain...
    kalau sihir dari orang lain maka lumpuhkan juga ilmu sihir
    penyihir tesebut...kalau gangguan dari jin penjaga benda seperti
    tangkal azimat...senjata..cincin atau sebagainya..musnahkan
    benda tersebut mengikut cara yang sesuai untuk melumpuhkan
    ilmu sihir jin tersebut dan sebagainya.

    Kata pemutus juga boleh digunakan untuk memisahkan juga melum-
    puhkan kekuatan sihir jin yang dipanggil melalui pemujaan...
    perjanjian dan sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam