Isnin, 5 Disember 2016

Cara saya...SBZ (Scan Buka Hijab )

Biasanya saya akan minta pesakit atau orang yang minta scan menutup mata
sambil zikir Allah dalam hati sambil mendengar bacaan...kemudian dalam
masa yang sama  menumpukan perhatian dalam tubuhnya...juga sebarang
tindakbalas pada perasaan atau fikirannya.

kemudian saya baca fatihah 3 kali...dan satu set pernafasan.

Kalau Tuhan izinkan maka pesakit tadi akan merasa sesuatu tindakbalas
atau ia terbayang...atau terlintas...atau nampak sesuatu yang ada kaitan
dengan gangguan jin pada dirinya...maka tindakan seterusnya adalah
bergantung pada apa yang dirasa atau dilihat olehnya.

Ini adalah suatu kaedah yang saya latih dan cuba perdalamkan sekadar
termampu.

Setiap perawat ada pendapat dan pengalamannya tersendiri...maka 
setiapnya  ada cara sendiri 

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan