Rabu, 7 Disember 2016

Gangguan Berlapis...

Apabila anda diganggu jin...dengan masuk badan atau sekadar meniupkan
angin bisanya ke dalam badan....kalau sekali datang...maka gangguan
pada anda cuma satu lapis.

Apabila jin lain datang samada 'sekor' atau sekumpulan...maka gangguan
pada anda jadi dua lapis.

Kalau lapan kali didatangi samada secara 'sekor' atau berkumpulan maka
anda ada lapan lapis gangguan.

Apabila dirawat...maka perawat akan menghadapi jin atau kumpulan jin
yang paling baharu masuk...atau yang paling lemah.

Kalau jin atau kumpulan jin ini dapat di atasi...maka perawat akan meng-
hadapi jin atau kumpulan jin yang ketujuh...dan seterusnya hingga jin
yang paling awal masuk atau jin yang paling kuat antara mereka.

Kalaulah perawat sekadar dapat mengatasi contohnya hingga lapis ke
empat sahaja...kemudian 'tewas' pada lapis ke tiga...maka jin lapisan
ke dua dan pertama akan 'aman damai'.

Sebab itu ada malah tak sedikit jin dalam badan suka memanggil jin
lain masuk sama...kerana jin-jin yang baru masuk akan menjadi
perisai kepadanya...lebih banyak jin lebih banyak perisainya.

Wallohu a|lam

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan,
    Saya baru sahaja mengikuti blog2 tuan RNJ dan NH..dan ternyata saya amat tertarik dengan apa yang tuan sampaikan malah telah cuba amalkan sedikit sebanyak.
    Tuan, saya ada soalan..saya agak kerap bermimpi diganggu oleh makhluk-makhluk yang jelas bukan manusia, atau berada berasama-sama makhluk-makhluk yang menyerupai orang-orang yang pernah saya kenali di tempat yang sudah lama atau buruk, kotor dan seolah-olah bangunan yang telah ditinggalkan (biasanya mereka menyerupai rakan-rakan semasa sekolah menengah saya dan bangunan yang paling kerap muncul dalam mimpi adalah bangunan di sekolah berasrama saya semasa sekolah menengah), atau dikacau dan digertak oleh ular/ular-ular dan kadang kala, bermimpi saya mempunyai(bukan baru diberi atau baru menerima) seorang bayi yang memang jelas bukan anak saya (wajah tidak serupa malah mimpi-mimpi itu semasa saya tidak mempunyai bayi kecil dan anak-anak dah besar lebih daripada umur dua tahun).
    Sekali sekala juga, saya bermimpi “bersama” dengan seseorang yang selalu berubah-ubah penampilannya setiap kali muncul, kadang-kala sebagai perempuan (ahli keluarga) kadangkala berupa lelaki bukan muhrim yang pernah saya kasihi, atau suami, dan kadangkala saya tak nampak sebab saya membelakangi dia. Tapi yang pasti bila saya sedar saya masih rasa lagi kesan kejadian tu…dan akan buat saya terpinga-pinga dan terfikir-fikir beberapa hari sebab setahu saya mimpi basah hanya terjadi kepada lelaki. Sebelum melahirkan anak ketiga saya sangat kerap mimpi begitu terutamanya apabila hampir atau baru menstrual. Sekarang kalau “termimpi” pun takde sampai jadi mimpi basah walaupun akan ke arah itu tapi saya selalu akan terjaga dulu.
    Adakah semua ini tanda-tanda saya ada gangguan…atau hanya mainan tidur? Sebelum ini saya cuba menafikan semua mimpi-mimpi ini sebagai sekadar mainan tidur semata-mata…tambahan lagi bila diceritakan kepada suami, dia tidak menganggap serius mimpi-mimpi saya..bagi dia, semuanya sebab saya terlampau memikirkan mimpi.
    Untuk pengetahuan tuan, saya jenis yang boleh ingat mimpi-mimpi saya dengan sejelas yang mungkin. Terbaru..selang seminggu sekali atau dua kali saya akan dapat mimpi yang aneh. Dan sudah lebih sebulan saya akan pasti terjaga sekali tengah-tengah malam, biasanya selepas pukul 3 pagi, tak kira selewat mana atau seawal mana saya tidur, atau sama ada saya bermimpi dan ingat mimpi itu atau tak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth puan...

      Alhamdulillah...terima kasih kerana sudi belek-belek blog-blog yang tak seberapa ini...semoga serba sedikit
      bermanafaat untuk kita semua...Insha Allah...

      1. Mimpi itu samada kerana rawan puan ditarik dan
      di kurung dalam bangunan tersebut atau memang sedang
      ditawan jin pada tempat tersebut.

      Rakan-rakan sekolah dan sekolah itu menunjukkan
      gangguan itu sejak dari zaman sekolah tersebut dan
      gangguan itu dari sekolah atau asrama.

      2. Yang datang bersama itu jin yang menyerupai orang
      rapat atau dikenali atau tidak dikenali...iaitu jin
      mengganggu rawan atau roh puan...bagi kita mimpi tapi
      bagi jin itu dunia sebenar bagi mereka.

      Apa yang jin buat pada rawan kita maka kita akan rasa
      dan seolah-olah kejadian sebenar walau hanya dalam mimpi.

      Jin yang datang dalam mimpi menyintai puan...iaitu jin
      jantan yang menyintai wanita bangsa manusia.

      3. Terjaga tengah malam ada gangguan tersebut yang
      datang...atau kesan dari gangguan jin pada rawan
      dan tengah malam kekuatan jin adalah maksima kemudian
      semakin menurun dan lemah ke masa Subuh dan siang.

      Padam
    2. Ganggguan sedemikian boleh jadi berasal dari jin saka...atau jin yang mengganggu kita dimana-mana
      dan terus cuba mendampingi kita.

      Rawan bermaksud sebahagian daripada roh kita dan
      boleh ditarik atau ditawan oleh jin...tanda biasa
      adalah kita suka melamun...fikiran sering melayang-
      layang...perasaan tak tenang atau rasa tak sihat.

      Untuk sembuh rawan tersebut perlu dikembalikan ke
      badan...jin atau angin bisa dalam badan terutama
      bahagian kepala perlu dikeluarkan dan pagar badan.

      Sebaiknya puan minta rawat...amal Fatihah pernafasan
      dan 3 Qul pernafasan...buat air doa sendiri guna
      minum dan campur air mandi sehari-hari.

      Kalau bermimpi maka boleh buat kata pemutus pada
      makhluk-makhluk dalam mimpi...dan kata dengan
      nama Allah saya perintahkan kamu pergi atau
      mudah-mudahan Allah bakar kamu...maka baca Ayat
      Kursi...atau fatihah terus berulang-ulang dengan
      niat memohon Tuhan membakar memusnahkan semua
      jin tersebut begitu juga kalau bermimpi orang
      yang datang nak buat hubungan.

      Padam
  2. Ada saka biasaya akan buat jin lain jatuh cinta pada kita
    begitu pula bagi wanita yang mandi tanpa menutupi tubuh
    walau seorang diri dalam bilik air...atau yang bersolek
    atau membuka aurat ketika keluar rumah dan sebagainya.

    Ada juga jin yang datang dari suami samada jin sakanya...
    jin ilmu atau tangkal jinnya...atau dari perawat guna jin
    atau malah jin yang tinggal dekat rumah atau selalu
    menceroboh dalam rumah atau jin tangkal penjaga rumah
    dan sebagainya.

    Insha Allah puan ya...kalau amal sesuatu rasa sedih atau
    takut maka tandanya jin itu sedih nak berpisah atau takut
    dengan kesan amalan...atau sedih masa dirawat maka ber-
    erti jin itu dapat merasakan bahawa rawatan atau amalan
    tersebut merintangi atau dapat memisahkan ia dari puan
    dan itulah yang perlu di amal atau minta rawat.

    kalau rasa panas...maka jin itu kepanasan...kalau sakit
    tandanya jin itu kesakitan...dan terus amal atau minta
    rawat...dan sebagainya.

    Renjis air doa dalam bilik tidur...pantang sementara makan
    telur ayam...buah pisang...dan daging binatang berkaki
    empat semasa berubat atau merawat diri.

    Jangan berputus asa...jaga amalan sambil minta rawat...boleh
    juga baca ayat Kursi 11 kali setiap malam tiup pada tapak
    tangan sapu muka dan seluruh badan...masa cuti baca ayat
    Quran dengan niat baca doa.pasang rakaman rukyah sepanjang
    tidur malam walau perlahan...dan sebagainya.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum tuan Junied,

    Terima kasih atas ulasan menyeluruh tuan...sangat membantu saya memahami keadaan saya dari masa sebelum ini smpi sekarang.

    Saya mohon maaf sbb lambat membalas ulasa dan berterima kasih. Sebenarnya sejak selepas itu saya kerap tidak sihat...walaupun gejala2nya spt ibu yang mabuk hamil tapi saya dapat rasakan lebih berat dari itu. Tambahan lagi kdg2 datang perasaan yang saya tak boleh kawal seperti marah, dan ketika itu saya terdetik saya tak boleh terus rasa macam tu sbb mungkin akan menambahkan lg serangan2/gangguan (klu masih ada)...dan malam tersebut betul2 saya mimpi pelik lagi. Saya akan kongsikan nanti seandainya bermanfaat inshaa Allah..

    Kejadian terbaru sebelum cuti raya cina..semasa saya sekeluarga menginap kat sebuah hotel...terus saya demam sampai dua hari dan berlarutan sakit2 dalam selama beberapa hari. Rasa lemah sangat skg tuan..smpikan saya dah beberapa hari tak dengar manzil mp3..huhu.

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth puan...

    Tak mengapa...dari gejalanya sebaiknya puan minta juga
    rawatan umpama perang kalau selok beloknya kita kurang
    faham...maka bantuan sampingan orang yang pakar.

    Kalau terus terbiar...dikhuatiri gejalanya akan ber-
    tambah...malah dengan gangguan sedia ada kita akan
    menjadi perhatian jin yang kebetulan ada pada mana-
    mana tempat.

    Jangan lupa amalan-amalan mudah seperti di atas...juga
    buat air jadi minuman campuran mandian setiap hari...
    kalau cuti niatkan baca ayat atau suroh itu sebagai
    membaca doa sahaja.

    Bagi rasa marah bukan sahaja dari sebab pengaruh jin
    tapi malah boleh pula menarik jin...dan di khuatiri
    angin bisanya itu akan mengganggu kesihatan dada dan
    khususnya jantung.

    Tapi Insha Allah...pada hakikatnya jin adalah lemah
    cuma kerana mungkin jin itu rasa kita lebih lemah
    maka mulalah ia naik kepala...segala-galanya bermula
    dan bergantung kepada diri kita sendiri...dan kita
    pula perbaiki hati dan dekatkan juga bergantung
    harapan pada Allah...jangan merasa lemah dan berputus
    asa puan...yakin pada Allah yang menguasai segala-gala-
    nya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Blog2 tuan sangat bermanfaat malah dgn izin Allah tuan telah membantu saya memahami tentang jin serta gangguan2nya, dan saya dah kongsikan dgn adik saya yang pernah diganggu dan disihir lebih teruk dari saya skg (Alhamdulillah dah sihat dgn izin Allah..)

    1. Sebenarnya saya pernah alami kejadian pelik di blok bangunan sekolah yang selalu muncul dalam mimpi saya tu..iaitu saya pernah “nampak” sesuatu. Saya turut tunjukkan pada kawan2 sbb nakkan kepastian dan mereka turut nampak cuma kami tak pasti ianya apa, dan kalau manusia, siapa…jadi saya sampai beranikan diri turun seorang diri dari tempat kami berada (tingkat 3) ke tingkat paling bawah di mana lembaga itu menuju..tapi sampai kat bawah saya takde nampak atau rasa apa2..takde rasa kena ikut ke kena tindih masa tidur selepas kejadian tu ke. Cuma peliknya selepas 2 @ 3 tahun dari malam kejadian, kawan2 yg ada dan tengok bersama2 masa tu takde seorang pun yang langsung ingat kejadian tu…semua mcm terpinga2 bila saya ungkit balik. Tapi saya pasti saya mmg tak bermimpi dan betul2 alami.
    Tuan, boleh ke “memori” saksi2 kejadian kecuali orang tertentu boleh “dipadamkan” oleh jin smpi mereka tak ingat langsung peristiwa tu? Saya mmg hairan sbb peristiwa tu kategori “pelik”, dan manusia mudah ingat kejadian2 yg di luar kebiasaan melainkan perkara2 yg boleh timbulkan trauma sampai jd memory loss.

    2. Sekarang saya dah lama tak bermimpi atau rasa didatangi mcm tu...dah berbulan2 rasanya. Adakah jin tersebut sudah berpindah dari saya?
    Saya ada anak perempuan (masih kecil), klu betul ada jin jantan yang menyintai saya, adakah kemungkinan jin jantan tersebut akan mengganggu anak perempuan saya juga? Terutamanya apabila dia dapati dah tak boleh ganggu saya lagi (dgn izin Allah apabila saya amalkan manzil dan lain2 mcm yg tuan kongsikan)

    3. Saya masih terjaga tengah2 malam tapi alhamdulillah sekurang2nya saya cepat terlelap semula, sejak amalkan dengar manzil mp3 pagi/malam dan baca surah2 pelindung sebelum tidur termasuk ayat2 surah albaqarah.

    4.Fikiran saya mmg selalu tak tenang dan mudah rasa tak sihat/lemah/letih lesu yang menyebabkan saya jd agak pemarah dgn anak2 wpun saya cuba kawal…
    Saya sedang cuba mendapatkan rawatan dari perawat yg pernah merawat dgn adik saya. Setelah saya risik2 dari adik saya dan berbekalkan pengetahuan yg saya dapat daripada perkongsian tuan dlm blog2 tuan, inshaa Allah beliau boleh dipercayai dan tidak menggunakan jin. Cuma masih belum ada rezeki untuk bertemu dgn perawat tersebut…pada masa yg sama saya mmg terfikir nak menghubungi langsung tuan Junied, Cuma tak tahu no.telefon. Ustaz Muhammad pula saya faham amat sibuk sbb sampai sekarang tidak sms saya mcm yg beliau bgtahu akan buat masa saya call haritu.

    5. Saya belum jumpa lg perkongsian tuan ttg cara2 buat Fatihah pernafasan dan 3 Qul pernafasan..mgkn belum sampai lg pembacaan saya ke catitan tuan ttg itu.
    Air doa saya boleh buat inshaa Allah..berbekalkan panduan yg tuan berikan dalam blog yg saya sudah ambil sbg nota. Cuma saya tidak yakin dengan keberkesanan air doa yg saya buat sndri sbb saya sedar “kelemahan2” diri saya yg banyak sgt ni..

    6. Bila bermimpi saya jadi tak ingat tentang kata pemutus tu semasa dalam mimpi..mcm mana ye tuan? Atau boleh buat selepas tersedar dari mimpi..?

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...semuanya atas izin Tuhan...

    1. Lupa itu boleh disebabkan kita anggap ianya perkara
    remeh aatu kecil hingga fikiran sedar kita tidak mahu
    menyimpannya...kalau gangguan biasanya lupa disebabkan
    oleh kahadiran jin atau angin bisa pada otak sehingga
    kita jadi pelupa....wallohu a'lam

    2. kadang-kadang jin bukan pergi tapi ubah strategi sama-
    ada ia ganggu cara lain atau bersembunyi...cuma mungkin
    ia sudah menjadi lebih lemah daripada sebelumnya.

    Gangguan pada ibu biasanya akan turun pada anak perempuan
    namun si ibu selagi anaknya itu ada gangguan si ibu juga
    perlu berubat kerana kadang-kadang jin jadikan si ibu
    tempat singgahnya.

    3. Alhamdulillah...ianya perkembangan positif dan juga
    lupa dengarkan anak sama...dan kalau boleh buat kata
    pemutus kepada jin pengganggu dengan niatkan Bismillah...
    Ya Allah sekirnya ada jin yang mengganggu anak saya
    ...saya mahu bercakap padanya atau pada mereka semuanya
    kemudian tutup mata bayangkan jin itu ada didepan dan
    buat kata pemutus dengan nada memerintah.

    Kata pemutus boleh kita ubahsuai mengikut pandangan
    sendiri.

    4. Gejala fikiran dan gangguan perasaan ini masih boleh
    disebabkan oleh pengaruh jin...dan jaga amalan dan minta
    rawatan berterusan sehingga gejala ini bertambah lemah
    atau hilang.

    BalasPadam
  7. 5. Amalan itu ada pada catitan bulan dis.2015 dalam blog nampak hati...buat air doa catitan julai 2015...tak
    yakin tapi kalau petuanya betul Insha Allah kesannya
    di luar dugaan kita sendiri...siapa juga boleh buat.

    6. Boleh...ucapkan Bismillah...Ya Allah saya mahu ber-
    cakap pada jin yang datang dalam mimpi saya tadi...
    bayangkan jin itu ada di depan untuk mendengar kata
    pemutus dan ucapkannya...

    Kita tahu cuma sedikit tapi mudah-mudahan berkat dengan
    izin Tuhan...lebih bermanafaat daripada tahu banyak tapi
    tak berkat...wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. Assalam tuan,

    Terima kasih banyak2 sekali lagi...saya suka sangat dgn ayat-ayat manzil sekarang walaupun biasanya lepas dengar mp3 sambil baca manzil, nt kedua2 belah tapak kaki saya jadi sejukkk sangat mcm duk dlm aircond wpun kedua2 tapak tangan saya hangat je mcm biasa. Klu dengar sahaja tak de sampai sejuk mcm tu.

    Harap2nya tak lama lagi saya boleh hafal kesemua ayat2 manzil..sekarang cuma setakat ayat2 surah albaqarah sahaja itu pun selalu terganggu masa baca seolah2 lidah tiba2 jd tergelincir.

    Tapi walaupun ayat2 albaqarah, kesannya mmg saya rasa skg..biasanya rasa kat kedua2 belah kaki. Tangan kiri saya juga dari bahu ke bahu rasa berat dan lenguh2...saya jd tak selesa nak angkat tangan kiri. Masa saya kena gangguan sewaktu bermalam di hotel minggu lepas pun sebenarnya sebelah kiri badan saya dari leher ke kaki rasa sejuk sangat yg meresap dari luar ke tulang, sampai saya menggigil2 wpun dah berselimut tebal..(bygkan selimut hotel tebal mcm mana). Sbb tu esoknya demam menjelang tgh hari..masa nak tidur tu mmg saya baca surah2 pelindung termasuk ayat2 albaqarah mcm biasa..

    Saya gagahkan diri utk solat wpun badan selalu rasa lemah2 dan berat. Bila kuat tekad utk solat, masa solat tu rasa mcm dicengkam pada bahu berhampiran tengkuk sebelah kiri. kadang2 rasa kat tulang belakang. tp saya buat tak tahu je...sambil doa mohon Allah bantu saya dan kuatkan saya..

    Cuma 1 je saya susah nak buat sikit tuan...sekarang kan saya tgh mabuk hamil dan kurang selera makan..makan pun pilih2..tp yg paling bangkitkan selera saya kebetulannya ketiga2 yg tuan selalu nasihatkan utk pantang sementara tu..terutamanya daging dan pisang. baru sebentar tadi dah "ter"makan pisang sbb tak tahan selera tgk..huhu..

    BalasPadam
  9. Wa alaikum salam wbkth puan...

    1. Sejuk tapak kaki angin bisa agak padat dalam badan ter-
    utamanya sebelah kiri iaitu jin...tapi panas tapak tangan
    itu tindakbalas positif...iaitu badan kita masih ada
    pendinding yang merintangi gangguan tersebut.

    lengan kiri juga ada laluan angin masuk cuba tutup mata
    sambil arahkan tapak tangan kiri ke atas...dan baca
    fatihah atau ayat kursi 3x.

    Kemudian tumpukan perhatian kalau seolah-olah ada benda
    atas tapk tangan....kalau ada baca takbir 7 kali kemudian
    sambil dekatkan tapak kiri ke hujung bibir...niat Ya
    Allah hancurkan sihir jin ini sehabis-habisnya lalu
    tiup kuat bayangkan benda itu hansur berkecai.

    Ulang dua tiga kali sekiranya masih ada rasa bendanya
    atau rasa sisa bendanya sampai habis.

    2. baca pelindung masa nak tidur tapi rasa gangguan
    kerana gejala di atas lebih kepada tindakbalas gangguan
    sedia ada dalam badan dan ianya tindakbalas positif.

    3. Rasa dicengkam bahau...baca fatihah atau ayat kursi
    pada kedua tapak tangan ludah angin padanya...tutup
    muka sapu ke atas kepala turun ke tengkuk dan sapu sampai
    hujung kaki.

    Masa baca fatihah itu tapak tangan keduanya dekatkan ke
    hujung bibir biar nafas sampai pada tapak semasa membaca-
    nya.

    Boleh tutup mata dan terus bayangkan jin itu ada didepan
    kemudian baca kata pemutus...kemudian Fatihah sekali...
    ta awwuz 7 kali...Bismillah 7k...takbir 7 kali...
    tepuk tangan sekali dengan agak keras sedikit bayangkan
    jin itu hancur berkecai kalau ingkar pada kata pemutus
    kita tadi.

    Ada tempatnya tak cukup sekadar doa...apalagi kalau Tuhan
    telah memberi kita kekuatan dan ikhtiar...maka gunakan
    sebagai menghargai kurniaan Tuhan ini.

    Tentang makan itu...baca Suroh Al Ikhlas sebelum makan
    dan niatkan kalau ada jin cuba tumpang makan maka
    makanan itu akan jadi penawar yang akan memusnahkan
    sihir jin-jin tersebut sehabis-habisnya.

    Sebenarnya puan...ini sekadar satu pilihan sahaja bukan
    sama sekali pantang mutlak...Insha Allah...kena pula
    ia makanan yang berkhasiat dan sesuai pada masa-masa
    sebegini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam