Rabu, 21 Jun 2017

KEMBAR,,,RAHSIA BENDA SIHIR

Semua benda sihir...ada kembarnya...contohnya kalau  keris berjin...
keris  itu ada satu lagi kembarnya  di  alam jin...bentuk..warna...saiz
kembar itu betul-betul sama dengan keris tadi.

Kalau batu hitam contohnya...kembarnya juga batu hitam saiz yang
sama...kalau  tangkal  azimat  maka  begitu juga kembarnya...kalau
buku...maka begitu pula kembarnya..kalau cincin begitu juga kembar-
nya...kalau tasbih...begitu  juga  kembarnya...kalau  pakaian  begitu
pula kembarnya...dan seterusnya...

Benda sihir yang anda nampak itu tempatnya di alam dunia...kembar-
nya pula di alam jin.

Maka benda sihir itu anda pegang...kembarnya pula jin yang jaga
benda itu yang pegang.

Biasanya  kembar  itu  bersatu dengan benda sihir tersebut...seolah-
olah  kembar  itu  menjadi  'nyawa'  kepadanya...namun kembar ini
boleh juga keluar masuk dari benda sihir tersebut,

Kalau kembar itu keluar dari benda sihir tersebut...maka kosonglah
benda sihir tadi...jadi benda biasa...

Wallohu a'lam


3 ulasan:

  1. Assalamualaikum saudara. Sy ada persoalan. Sy telah disihir dengan menggunakan patung.

    Telah buat banyak kali rawatan sebab sihir dihantar berkali kali.

    Bagaimana untuk memutuskan sihirnya ya selain memusnahkan barang sihir itu?

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth syera..

    Rawan atau semangat atau sebahagian roh kita ditarik masuk ke dalam patung...kalau patung itu dipukul kita akan rasa
    sakit...atau dicucuk jarum kita akan rasa ditusuk.

    Selagi patung atau rawan kita masih ada didalam patung
    itu..tukang sihir akan mudah menyakiti kita.

    Sebaiknya rawan kita ditarik keluar...atau patung atau
    sihir pada patung itu dimusnahkan...maks perlu perawat
    yang berpengalaman...dan untuk amalan kita baca fatihah
    dan 3 Qul tiga-tiga kali pada tapak tangan...tiup sambil niat Ya Allah...Batalkan dan hancurkan sihir dan sumber
    setiap sihir yang mengganggu saya...dan sekiranya rawan
    aya ada diluar badan dan diperangkap dalam benda sihir
    Ya Allah...lepaskan dan kembalikan ke tubuh saya.

    Tutup muka tarik nafas dalam-dalam...tahan nafas sapu
    ke atas kepala turun kebelakang tengkuk..sapu mana-
    mana sampai hingga hujung jari kaki.

    Masa sapu niat hancur segala sihir...hanncur segala benda
    sihir dan bayangkan rawan kita jika ada diluar tubuh
    kita tarik masuk balik ke dalam tubuh.

    Masa sapu tutup mata agar muda niat atau membayangkan...
    tahan nafas agar apa juga yang kita niat atau bayangkan
    akan masuk jauh ke alam jin yang mengganggu kita.

    Amala minima pagi petang...atau pagi malam sebeluk tidur.

    Kalau cuti bulan niat baca surah itu sebagai zikir atau
    baca doa dan sebaiknya ada wuduk walau tak boleh solat.

    Lepas sapu ke hujung jari kaki baru lepas nafas.Kalau
    tak gapat tahan nafas penuh..maka tahan sekadar mana
    boleh saja.

    Minum air doa dan campur air mandi setiap hari...renjis
    4 prnjuru bilim dengan air doa...pasang rakaman rukyah
    manzil berulang ulang sepanjang malam walau dengan suara
    perlahan sebagai ikhtiar pagar dan rawatn diri.

    Paling utama usaha sekadar usaha ...Allah juga yang
    jadi tempat pergantungan hati dan harapan...dan jangan berputus asa...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. nota...kalau diri dan rawan kita ada pendinding jin tak dapat tarik keluar maka benda sihir itu tak ada kesannya.

    Benda sihir kalau tak dapat dikesan tempatnya atau jauh
    kita cuma perlu musnahkan sihirnya.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam