Khamis, 22 Jun 2017

BENDA SIHIR MUSNAH..SIHIRNYA ?

Biasanya kalau sesuatu benda sihir itu hilang...dibuang...diberi orang...atau
dimusnahkan tanpa cara yang sesuai...'kes' sihirnya di anggap selesai...
atau kesan sihirnya juga hilang...atau di anggap jin sihirnya juga hilang.

Sebenarnya ada jin yang terikat dengan benda sihir...di mana diberi...mana
dibuang atau hilangnya...maka jin benda tersebut terus mengikutinya dan
kalau dimusnahkan...kembar benda sihir itu terus hilang...dan hilangnya itu
bererti jin yang berkaitan juga akan terus hilang kekuatan sihirnya samada
jin itu turut musnah atau balik ke alamnya semula.

Namun banyak kes...jin tidak terikat dengan benda sihirnya...hilang...di-
buang...diberi orang lain..dimusnahkan dengan cara yang tidak sesuai
tapi jinnya masih ada dan terus mendampingi atau menumpang tinggal
badan tuan asal..badan keluarga asal...atau orang lain yang dipilihnya.

Bagaimana ia berlaku..??

...iaitu dengan jin tadi membawa keluar kembar benda sihir itu keluar dari
benda sihirnya...maka jadilah benda sihir itu kosong kerana sihirnya pada
hakikatnya adalah daripada kekuatan sihir jin yang berkenaan.

Dengan membawa keluar kembarnya...bererti jin itu sudah meninggalkan
benda sihir tadi...dan persoalan barunya...siapakah manusia yang seterus-
nya menjadi pilihan dan sasaran jin tersebut.

Kembar benda sihir ini juga menjadi sebab kepada sebahagian besar kes
gangguan...dan menjadi rahsia kenapa amalan diri...rawatan atau malah
rukyah menjadi lemah atau langsung tidak berkesan...

wallohu a'lam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan