Ahad, 2 Julai 2017

ULASAN..Tipu Daya Jin...



  1. Assalammualaikum,tuan.tumpang bertanya.saya pernah didatangi satu suara didalam tidur yg. berbunyi"salamunkaulammirrobirohim"suara itu sangat jelas dan terang sehingga saya terjaga.harap dapat pencerahan.. tq
  2.            PENERANGAN
  3. Wa alaikum salam wbkth Mrizan...

    Ia ayat 58 suroh Yasin...maksud firman ucapan selamat dari
    Allah Ta ala kepada penduduk syurga...

    ...tapi dalam kes anda sebegini ia biasanya suara jin....
    bukan tuhan atau malaikat.

    Ia mungkin jin Islam saja menyapa...atau jin Islam fasik atau
    jin munafik...tapi apapun...ia adalah jin dan jangan sekali-
    kali dlayan.

    Mungkin sekadar menyapa lalu...atau jin tersebut berminat
    atau sedang mengawasi anda...dengan tujuan mendaping.

    Setiap jin apabila masuk badan manusia...ia adalah syaitan
    tidak kra ia jin Islam atau kafir...dan setiap jin apabila
    ikut masuk urusan hidup manusia apalagi mendamping walau
    tujuan zahir nampak baik...maka ia adalah syaitan.

    Sebaiknya minta scan...kalau ada mendamping maka buang jangan
    sekali disimpan atau diterima...walau nampak baik...tapi
    jin tidak akan mendampingi manusia kecuali atau maksud ter-
    sirat dan disinilah bahaya dan kejahatannya.

    Mungkin jin itu datang kerana anda menuntut sesuatu amalan
    walau zikir mudah dari orang tertentu atau menyimpan sesuatu
    barang seperti senjata...azimat...barang antik atau pelik...
    yang diberi atau dijumpai...atau anda tak buat apa-apa
    tapi jin itu yang datang kepada anda...

    ...biasanya jin tidak akan mendatangi seseorang manusia
    kecuali orang yang jin itu yakin akan dapat menguasainya
    secara cepat atau perlahan

    Kalau seseorang itu dekat dengan agama...biasanya jin akan
    mendatanginya dengan penampilan orang soleh...wali-wali...
    roh wali...roh orang soleh...roh nabi atau sahabat nabi...
    sebagai malaikat...malah tak kurang mengaku Tuhan...maka
    jangan terpedaya dengan penampilan...

    ...dan jangan terpedaya dengan apa juga kelebihan yang
    jin itu tawarkan kalau berdamping dengannya...kerana ia
    adalah syaitan

    Wallohu a'lam

15 ulasan:

  1. assalammualaikum tuan junied..apa khbr!..rasanya saya agak terlambat utk mengucapkan slmt hari raya pada tuan sekeluarga..maaf jika kiranya saya ada salah dan silap.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth saudara...selamat hari raya juga pada
    saudara sekeluarga khususnya dan pada semua pembaca di mana-
    mana juga...juga saya minta maaf jika ada salah silap samada
    secara sedar atau tidak...semoga kita semua sekeluarga mendapat rahmat Allah dunia akhirat...Amiin

    BalasPadam
  3. Salam ustaz.bagaimana berlatih agar jari atu tapak tgn ada karan ustaz?adakah bila perawat menekan pesakit dgn jarinya pesakit merasa tajam?

    BalasPadam
  4. Saya pernah tengok di Tv Ustaz Sharhan ada karan atau
    auranya ia guna hujung jari telunjuk...begitu juga
    murid Ustaz Ismail Kamus...mereka amal pendinding
    qur an....cuma seperti agak banyak amalan hariannya.

    Iman Theraphy cuma amal fatihah berserta pernafasan
    maka cepat dapat kesan karan...tapi kalau kita amal
    Manzil saja pun apabila sudah jadi malan harian
    sekurang-kurangnya pagi petang boleh cuba letak
    hujung jari telunjuk pada tengah dahi pesakit
    sambil merukyah.

    Bagi saya...saya tutup mata dan tumpukan ke bahagian
    tengah dahi kemudian 'sambungkan' ketengah dahi pesakit
    lalu bayangkan penglihatan mata ketiga pesakit itu
    terbuka seluas-luasnya atau tertumpu pada bahagian
    sakit atau ada gangguan...kalau Tuhan izin kan dalam
    masa lima minit ia mula terbayang punca gangguan.

    Itu pun kalau ada gangguan rawan atau bisa jin masuk
    otak...kalau tidak ada buat macam mana sekalipun tak
    akan nampak maka saya akan minta ia guna gerak hati
    atau fikirannya sebagai pengesan.

    Cara saya ini perlu latihan dan pengalaman yang agak
    lama...apalagi saya bermula dari kosong...maksudnya
    ini bukan diajar dalam Iman Theraphy tapi boleh jadi
    salah satu pilihan pelajarnya mengikut kajian juga
    bakat diri masing-masing...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Peringatan....kalau terbuka hijab sipesakit mungkin
    akan terus menerus terbayang rupa gangguan tersebut
    maka hendaklah diselesaikan pada masa rawatan itu
    juga atau mungkin timbul pula masalah lain pada
    pesakit terutama ketakutan berpanjangan...wallohu
    a lam...

    BalasPadam
  6. Salam ustaz.memgapa jin tu menjawap pertanyyan perawat.adakah sb terpaksa sb da sakit.sy pnh dgr perawat itu tidak memegang kepala pesakit utk merukyah.sebalik nya hanya berkata kpd pesakit angkat tgn kanan sekiranya saka.dn kalu selain saka tgn kiri akn pesakit akn terangkat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Polaju...

      Aura perawat itu dengan izin Allah menguasai jin tersebut hingga tahap berkenaan...

      Wallohu a'lam

      Padam
  7. Salam ustaz, saya selalu mengalami gangguan mimpi jatuh tempat tinggi, ular, tandas, rumah kosong dan badan dicakar. Bermula tahun lepas, saya start bermimpi bayi. Sering rasa tidur ditindih. Saya pernah mimpi terdengar suara lelaki mengaji dalam bilik, dan badan saya selalu cepat meremang. Kadang2 ketika tidur dlm sedar x sedar, saya akan dengar macam ade orang ramai tgh bersembang atau berbisik pasal saya. Seperti ada sekelompok orang sedang berbual, dan saya xberapa jelas dgn isinya. Saya pernah jumpa perawat, dia kata saya okay, xada apa2. Mungkin ada jin di tempat kediaman. Boleh ustaz bg amalan utk sy jdkn pendinding diri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Syahida...

      1. Semua mimpi gejala gangguan...bayi itu jin yang
      menyerupa jangan diambil dukung...ditindih tanda
      ada jin yang sering datang ketika anda akan mula
      tidur.

      2. Gejala dalam bilik menunjukkan ada jin yang
      banyak dalam bilik itu...yang mengaji juga jin
      biasanya kalau jin itu mendatangi manusia maka
      ia samada jin munafik atau jin kafir yang ada
      ilmu agama tapi disalah guna.

      Sila rujuk pada tajuk senarai amalan diblog ini
      catitan 26 april 2017...sekurang-kurangnya amal
      fatihah dan 3 Qul pernafasan...buat air doa
      sendiri minum mandi harian juga renjis empat
      penjuru bilik...pasang rakaman rukyah sepanjang
      tidur malam...

      ...kalau mampu amal Ayat manzil...pantang dengar
      muzik tak halal ambil wudu sebelum tidur baca
      fatihah 3 Qul dan Bismillahirrohmaanirrohiim 21x
      dan sebagainya.

      Sebaiknya minta rawat khusus juga kediaman dan di
      pagar sekali kerana kalau ganguan ada kaitan
      dengan kediaman masalah tak akan selesai kalau
      setakat berawat badan...Wallohu a'lam

      Padam
    2. Terima kasih ustaz. Saya cuba amalkan. Gangguan tidur mimpi ular, jatuh tempat tinggi dan badan dicakar saya selalu alami dari kecil dan waktu belajar lagi. Cuma saya mula bermimpi bayi dan bdk perempuan start tinggal di rumah sewa ini.Adakah bermakna ada jin yg mendiami setiap tempat kediaman saya (rumah di kg, rumah sewa, dan asrama kolej)?Saya juga kerap mimpi membaca ayat kursi utk membantu org yg dirasuk dlm mimpi.

      Padam
    3. Alhamdulillah...sama-sama Syahida...

      Dari gejalanya...ada gangguan asal dan ada juga
      yang datang dari rumah maka sebaiknya minta rawat
      juga pagar rumah...perlu juga rawatan dari yang
      pakar...mumgkim ada ilmu jin buangan orang lain
      yang cuba menumpang sama dalam badan....

      Wallohu a 'lam

      Padam
  8. Salam ustaz.klu berlatih menarik nafas dan menahan nafas kena hembus balik dgn hidung jgk ke.klu lepas dgn mulut boleh ok ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Polaju...

      Maaf saya kurang tahu juga tentang pernafasan saya
      amal cuma dua cara saja...semua cara boleh ikut
      perguruan dan keperluan...

      Wallohu a lam

      Padam
  9. Salam ustaz.klu jin tu ckp dya da tua.buta.nk mtk tlg tarik atu tunjuk jln keluaq.mcm mna tu ustaz.pki tapak tgn tahan nafas ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Polaju...

      Tanya dari mana ia masuk...dan kata Bismillah...
      dengan nama Allah saya buka laluan keluar engkau
      di situ dengan seluas-luasnya...keluar sekarang
      juga...dan baca Ayat Kursi sambil niat buka laluan
      seluas-luasnya dan pintu keluar itu hendaklah
      niat sehala saja boleh keluar tapi tidak ada
      laluan masuk semula...

      ...atau tarik jin itu dengan tapak tangan berserta
      pernafasan dan zikir dari mana jin itu mahu keluar.

      Laluan keluar boleh dari hujung jari kaki tangan..
      ubun-ubun atau mulut tapi niatkan jin itu jadi
      kecil atau angin...dan sebagainya...

      Wallohu a lam

      Padam