- Assalammualaikum,tuan.tumpang bertanya.saya pernah didatangi satu suara didalam tidur yg. berbunyi"salamunkaulammirrobirohim"suara itu sangat jelas dan terang sehingga saya terjaga.harap dapat pencerahan.. tq
- PENERANGAN
- Wa alaikum salam wbkth Mrizan...
Ia ayat 58 suroh Yasin...maksud firman ucapan selamat dari
Allah Ta ala kepada penduduk syurga...
...tapi dalam kes anda sebegini ia biasanya suara jin....
bukan tuhan atau malaikat.
Ia mungkin jin Islam saja menyapa...atau jin Islam fasik atau
jin munafik...tapi apapun...ia adalah jin dan jangan sekali-
kali dlayan.
Mungkin sekadar menyapa lalu...atau jin tersebut berminat
atau sedang mengawasi anda...dengan tujuan mendaping.
Setiap jin apabila masuk badan manusia...ia adalah syaitan
tidak kra ia jin Islam atau kafir...dan setiap jin apabila
ikut masuk urusan hidup manusia apalagi mendamping walau
tujuan zahir nampak baik...maka ia adalah syaitan.
Sebaiknya minta scan...kalau ada mendamping maka buang jangan
sekali disimpan atau diterima...walau nampak baik...tapi
jin tidak akan mendampingi manusia kecuali atau maksud ter-
sirat dan disinilah bahaya dan kejahatannya.
Mungkin jin itu datang kerana anda menuntut sesuatu amalan
walau zikir mudah dari orang tertentu atau menyimpan sesuatu
barang seperti senjata...azimat...barang antik atau pelik...
yang diberi atau dijumpai...atau anda tak buat apa-apa
tapi jin itu yang datang kepada anda...
...biasanya jin tidak akan mendatangi seseorang manusia
kecuali orang yang jin itu yakin akan dapat menguasainya
secara cepat atau perlahan
Kalau seseorang itu dekat dengan agama...biasanya jin akan
mendatanginya dengan penampilan orang soleh...wali-wali...
roh wali...roh orang soleh...roh nabi atau sahabat nabi...
sebagai malaikat...malah tak kurang mengaku Tuhan...maka
jangan terpedaya dengan penampilan...
...dan jangan terpedaya dengan apa juga kelebihan yang
jin itu tawarkan kalau berdamping dengannya...kerana ia
adalah syaitan
Wallohu a'lam
Ahad, 2 Julai 2017
ULASAN..Tipu Daya Jin...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
assalammualaikum tuan junied..apa khbr!..rasanya saya agak terlambat utk mengucapkan slmt hari raya pada tuan sekeluarga..maaf jika kiranya saya ada salah dan silap.
BalasPadamWa alaikum salam wbkth saudara...selamat hari raya juga pada
BalasPadamsaudara sekeluarga khususnya dan pada semua pembaca di mana-
mana juga...juga saya minta maaf jika ada salah silap samada
secara sedar atau tidak...semoga kita semua sekeluarga mendapat rahmat Allah dunia akhirat...Amiin
Salam ustaz.bagaimana berlatih agar jari atu tapak tgn ada karan ustaz?adakah bila perawat menekan pesakit dgn jarinya pesakit merasa tajam?
BalasPadamSaya pernah tengok di Tv Ustaz Sharhan ada karan atau
BalasPadamauranya ia guna hujung jari telunjuk...begitu juga
murid Ustaz Ismail Kamus...mereka amal pendinding
qur an....cuma seperti agak banyak amalan hariannya.
Iman Theraphy cuma amal fatihah berserta pernafasan
maka cepat dapat kesan karan...tapi kalau kita amal
Manzil saja pun apabila sudah jadi malan harian
sekurang-kurangnya pagi petang boleh cuba letak
hujung jari telunjuk pada tengah dahi pesakit
sambil merukyah.
Bagi saya...saya tutup mata dan tumpukan ke bahagian
tengah dahi kemudian 'sambungkan' ketengah dahi pesakit
lalu bayangkan penglihatan mata ketiga pesakit itu
terbuka seluas-luasnya atau tertumpu pada bahagian
sakit atau ada gangguan...kalau Tuhan izin kan dalam
masa lima minit ia mula terbayang punca gangguan.
Itu pun kalau ada gangguan rawan atau bisa jin masuk
otak...kalau tidak ada buat macam mana sekalipun tak
akan nampak maka saya akan minta ia guna gerak hati
atau fikirannya sebagai pengesan.
Cara saya ini perlu latihan dan pengalaman yang agak
lama...apalagi saya bermula dari kosong...maksudnya
ini bukan diajar dalam Iman Theraphy tapi boleh jadi
salah satu pilihan pelajarnya mengikut kajian juga
bakat diri masing-masing...
wallohu a'lam
Peringatan....kalau terbuka hijab sipesakit mungkin
BalasPadamakan terus menerus terbayang rupa gangguan tersebut
maka hendaklah diselesaikan pada masa rawatan itu
juga atau mungkin timbul pula masalah lain pada
pesakit terutama ketakutan berpanjangan...wallohu
a lam...
Salam ustaz.memgapa jin tu menjawap pertanyyan perawat.adakah sb terpaksa sb da sakit.sy pnh dgr perawat itu tidak memegang kepala pesakit utk merukyah.sebalik nya hanya berkata kpd pesakit angkat tgn kanan sekiranya saka.dn kalu selain saka tgn kiri akn pesakit akn terangkat
BalasPadamWa alaikum salam wbkth Polaju...
PadamAura perawat itu dengan izin Allah menguasai jin tersebut hingga tahap berkenaan...
Wallohu a'lam
Salam ustaz, saya selalu mengalami gangguan mimpi jatuh tempat tinggi, ular, tandas, rumah kosong dan badan dicakar. Bermula tahun lepas, saya start bermimpi bayi. Sering rasa tidur ditindih. Saya pernah mimpi terdengar suara lelaki mengaji dalam bilik, dan badan saya selalu cepat meremang. Kadang2 ketika tidur dlm sedar x sedar, saya akan dengar macam ade orang ramai tgh bersembang atau berbisik pasal saya. Seperti ada sekelompok orang sedang berbual, dan saya xberapa jelas dgn isinya. Saya pernah jumpa perawat, dia kata saya okay, xada apa2. Mungkin ada jin di tempat kediaman. Boleh ustaz bg amalan utk sy jdkn pendinding diri?
BalasPadamWa alaikum salam wbkth Syahida...
Padam1. Semua mimpi gejala gangguan...bayi itu jin yang
menyerupa jangan diambil dukung...ditindih tanda
ada jin yang sering datang ketika anda akan mula
tidur.
2. Gejala dalam bilik menunjukkan ada jin yang
banyak dalam bilik itu...yang mengaji juga jin
biasanya kalau jin itu mendatangi manusia maka
ia samada jin munafik atau jin kafir yang ada
ilmu agama tapi disalah guna.
Sila rujuk pada tajuk senarai amalan diblog ini
catitan 26 april 2017...sekurang-kurangnya amal
fatihah dan 3 Qul pernafasan...buat air doa
sendiri minum mandi harian juga renjis empat
penjuru bilik...pasang rakaman rukyah sepanjang
tidur malam...
...kalau mampu amal Ayat manzil...pantang dengar
muzik tak halal ambil wudu sebelum tidur baca
fatihah 3 Qul dan Bismillahirrohmaanirrohiim 21x
dan sebagainya.
Sebaiknya minta rawat khusus juga kediaman dan di
pagar sekali kerana kalau ganguan ada kaitan
dengan kediaman masalah tak akan selesai kalau
setakat berawat badan...Wallohu a'lam
Terima kasih ustaz. Saya cuba amalkan. Gangguan tidur mimpi ular, jatuh tempat tinggi dan badan dicakar saya selalu alami dari kecil dan waktu belajar lagi. Cuma saya mula bermimpi bayi dan bdk perempuan start tinggal di rumah sewa ini.Adakah bermakna ada jin yg mendiami setiap tempat kediaman saya (rumah di kg, rumah sewa, dan asrama kolej)?Saya juga kerap mimpi membaca ayat kursi utk membantu org yg dirasuk dlm mimpi.
PadamAlhamdulillah...sama-sama Syahida...
PadamDari gejalanya...ada gangguan asal dan ada juga
yang datang dari rumah maka sebaiknya minta rawat
juga pagar rumah...perlu juga rawatan dari yang
pakar...mumgkim ada ilmu jin buangan orang lain
yang cuba menumpang sama dalam badan....
Wallohu a 'lam
Salam ustaz.klu berlatih menarik nafas dan menahan nafas kena hembus balik dgn hidung jgk ke.klu lepas dgn mulut boleh ok ke
BalasPadamWa alaikum salam wbkth Polaju...
PadamMaaf saya kurang tahu juga tentang pernafasan saya
amal cuma dua cara saja...semua cara boleh ikut
perguruan dan keperluan...
Wallohu a lam
Salam ustaz.klu jin tu ckp dya da tua.buta.nk mtk tlg tarik atu tunjuk jln keluaq.mcm mna tu ustaz.pki tapak tgn tahan nafas ke
BalasPadamWa alaikum salam wbkth Polaju...
PadamTanya dari mana ia masuk...dan kata Bismillah...
dengan nama Allah saya buka laluan keluar engkau
di situ dengan seluas-luasnya...keluar sekarang
juga...dan baca Ayat Kursi sambil niat buka laluan
seluas-luasnya dan pintu keluar itu hendaklah
niat sehala saja boleh keluar tapi tidak ada
laluan masuk semula...
...atau tarik jin itu dengan tapak tangan berserta
pernafasan dan zikir dari mana jin itu mahu keluar.
Laluan keluar boleh dari hujung jari kaki tangan..
ubun-ubun atau mulut tapi niatkan jin itu jadi
kecil atau angin...dan sebagainya...
Wallohu a lam