Isnin, 4 September 2017

3 QUL PERNAFASAN DAN JIN SAKA

3 QUL PERNAFASAN...Dan Jin Saka...

1.Sudah beberapa tahun rakan itu menyimpan seke-
tul kemenyan yang diberi oleh seorang lelaki tua
sebagai 'penjaga diri'...

Petang itu ia mengamalkan 3 Qul pernafasan...dan
sepanjang malam kemudiannya ia merasa badannya
panas membahang...

Selama ini ia tak merasakan sesuatu keganjilan
atau sebarang masalah...namun...rupanya apa yang
ia tak tahu...ada 'benda halus' dalam badannya...

Ia menunjukkan...angin bisa memenuhi tubuhnya...
malah biasanya ia adalah tanda bahawa ada jin
sedang cuba menyatukan diri pada tubuhnya...

2.Seorang rakan lain...setelah mengamalkannya sel-
ama tiga hari...ia merasakan pinggang dan tulang
belakangnya sangat sakit dan panas...

Pada masa yang hampir sama...seorang kakaknya
berubat di K.Kinabalu...dan perawat itu member-
itahu kakanya...bahawa ada jin saka dalam kelu-
arga mereka...

3.Amalan 3 Qul Pernafasan ini bukan sahaja jadi
amalan pendinding diri...tapi juga 'scan' serta
rawatan diri...

Mungkin anda merasa diri sihat...atau tak ada
gangguan...tapi anda mungkin tahu keadaan se-
benarnya apabila anda mengamalkan 3 Qul Per-
nafasan ini ( dengan izin Allah ).

Bagi diri yang sihat pula...Insya Allah ia me-
jadi amalan perisai diri dari kejahatan makh-
luk kasar atau makhluk-makhluk halus...sesuai
dengan pengertian Suroh A Falaq dan An Naas...
serta keberkatan Al Ikhlas...

Begitu juga dengan bahaya-bahaya yang tak di-
duga...

4.Rasulullah SAW menganjurkan amalan 3 Qul ini
dan Baginda sendiri mengamalkannya...

Wallohu a'lam

16 ulasan:

  1. Salam ustaz.klu pesakit tu ada banyak jenis penghuni.misal nya dkt rahim jin pemisah.dkt paha jin rumah.dkt belakang jin dari bidan.jin saka pulak sy pun lupa kt mana.mna satu sy nk kerjakan dulu ustaz?

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth Polaju...

    Mana-mana saja...macam mau jawab soalan peperiksaan...
    jawab mana yang kita rasa paling senang dulu...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Salam ustaz.kwn sy menjual cincin dan brg2 lama.bagaimana cara yg utk mereka menyimpan sblom terjual ustaz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Polaju...

      Sepatutnya mereka yang seperti ini ada amalan pendinding kalau tidak apa juga boleh terjadi.

      Malah ada juga barangnya terjual...tapi jin
      atau sihir benda tertentu terus tinggal pada
      penjual atau rumah atau keluarganya.

      Salah satu cara kunci jin pada barang lama
      baca in kaa nat illa soihatau waahidatan fa
      izaa hum khoomiduun 7 kali dan tiup barang
      tersebut dengan niat mengunci jika ada jinnya.

      sila ambil bacaan yang bertul ayat ini ada pada
      surah Yasin.

      Salah satu bahaya barang berjin lagi kita bagi
      orang tapi 'semangat' benda itu terus melekat
      pada tapak tangan kita amak jinnya boleh masuk
      badan terutama kalau tidak cukup pendinding.

      Pilihan lainnnya amal fatihah dan 3 Qul pernafasan
      sila lihat blog dari ufuk timur ya...

      Wallohu a'lam

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Salam ustaz.sy dpt info dari jin yg singgah skjap d tgn pesakit.dya kta ada jin berbulu yg d hantar ke kemaluan pesakit utk memisah kn suami isteri.bagaimana merawat bhg sulit itu ustaz?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam waktu p0laju...

      Rawatan berpandukan cara amalan dan perguruan masing masing,saya biasanya guna kaedah buka hijab,,,dan batalkan kekuatan jin sihir itu dengan membuat kata pemutus dan memusnahkan punca kekuatan sihirnya.

      Cara lain suruh pesakit amal tiga qur pernafasan secara berterusan juga buat air mandian untuknya...dan lebih baik pula campur peranan dan barisan limau turut,

      Seperkara juga hati hati dengan kata dari jin,,,mungkin jin itu betul dan boleh pula berbohong agar kita terlalai daripada menghalaunya,

      Wallahu a lam maaf ya kerana lama tidak masuk blog ada sedikit kesulitan...

      Padam
  6. As salam ustaz boleh tak amalkan ilmu pernafasan..adakah ia boleh mengundang jin

    BalasPadam
  7. As salam bagaimana sy nak hubungi tuan juneid ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth saudara....

      Ikut guru atau perguruan...ada bersih ada ikut jin... malah ada jin khusus yang pakar tenaga dalam..

      Saya hanya ahli biasa dan bukan guru tenaga dalam,

      Setakat ini hanya dalam blog..saya minta maaf..sudah lama saya tidak masuk blog...

      Wallahu a lam

      Padam
  8. Salam ustaz.ok tak kta bca manzil d niatkan utk memusnahkan punca sihir?atu kena cari barang itu jgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Polaju...boleh.kalau jumpa barang tu lebih baik kalau tak jumpa cukup matikan sihirnya sahaja...
      Wallohu a'lam

      Padam
  9. salam ustaz.. kadangkala saya rasa sakit di bahagian belikat belakang badan saya adakah itu gangguan.. nama saya Siti Husnima Md Husin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Siti...

      Boleh jadi masalah urat dan boleh jadi gangguan...kerana belikat adalah antara tempat paling sering jin buat
      penempatan atau tempat sembunyinya...terutama kalau ada
      gejala sering letih lesu tanpa sebab munasabah atau ada
      benda bergerak disitu...Wallhu a'lamo

      Padam
  10. PENGAMALAN 3 QUL PERNAFASAN TU BAGAIMANA YA USTAZ?

    BalasPadam
  11. Sila periksa pada blog nampak hati ya.maaf baru saya nampak ulasan anda ini.

    BalasPadam