Ahad, 2 Julai 2017

ULASAN..Tipu Daya Jin...



  1. Assalammualaikum,tuan.tumpang bertanya.saya pernah didatangi satu suara didalam tidur yg. berbunyi"salamunkaulammirrobirohim"suara itu sangat jelas dan terang sehingga saya terjaga.harap dapat pencerahan.. tq
  2.            PENERANGAN
  3. Wa alaikum salam wbkth Mrizan...

    Ia ayat 58 suroh Yasin...maksud firman ucapan selamat dari
    Allah Ta ala kepada penduduk syurga...

    ...tapi dalam kes anda sebegini ia biasanya suara jin....
    bukan tuhan atau malaikat.

    Ia mungkin jin Islam saja menyapa...atau jin Islam fasik atau
    jin munafik...tapi apapun...ia adalah jin dan jangan sekali-
    kali dlayan.

    Mungkin sekadar menyapa lalu...atau jin tersebut berminat
    atau sedang mengawasi anda...dengan tujuan mendaping.

    Setiap jin apabila masuk badan manusia...ia adalah syaitan
    tidak kra ia jin Islam atau kafir...dan setiap jin apabila
    ikut masuk urusan hidup manusia apalagi mendamping walau
    tujuan zahir nampak baik...maka ia adalah syaitan.

    Sebaiknya minta scan...kalau ada mendamping maka buang jangan
    sekali disimpan atau diterima...walau nampak baik...tapi
    jin tidak akan mendampingi manusia kecuali atau maksud ter-
    sirat dan disinilah bahaya dan kejahatannya.

    Mungkin jin itu datang kerana anda menuntut sesuatu amalan
    walau zikir mudah dari orang tertentu atau menyimpan sesuatu
    barang seperti senjata...azimat...barang antik atau pelik...
    yang diberi atau dijumpai...atau anda tak buat apa-apa
    tapi jin itu yang datang kepada anda...

    ...biasanya jin tidak akan mendatangi seseorang manusia
    kecuali orang yang jin itu yakin akan dapat menguasainya
    secara cepat atau perlahan

    Kalau seseorang itu dekat dengan agama...biasanya jin akan
    mendatanginya dengan penampilan orang soleh...wali-wali...
    roh wali...roh orang soleh...roh nabi atau sahabat nabi...
    sebagai malaikat...malah tak kurang mengaku Tuhan...maka
    jangan terpedaya dengan penampilan...

    ...dan jangan terpedaya dengan apa juga kelebihan yang
    jin itu tawarkan kalau berdamping dengannya...kerana ia
    adalah syaitan

    Wallohu a'lam

Khamis, 22 Jun 2017

BENDA SIHIR MUSNAH..SIHIRNYA ?

Biasanya kalau sesuatu benda sihir itu hilang...dibuang...diberi orang...atau
dimusnahkan tanpa cara yang sesuai...'kes' sihirnya di anggap selesai...
atau kesan sihirnya juga hilang...atau di anggap jin sihirnya juga hilang.

Sebenarnya ada jin yang terikat dengan benda sihir...di mana diberi...mana
dibuang atau hilangnya...maka jin benda tersebut terus mengikutinya dan
kalau dimusnahkan...kembar benda sihir itu terus hilang...dan hilangnya itu
bererti jin yang berkaitan juga akan terus hilang kekuatan sihirnya samada
jin itu turut musnah atau balik ke alamnya semula.

Namun banyak kes...jin tidak terikat dengan benda sihirnya...hilang...di-
buang...diberi orang lain..dimusnahkan dengan cara yang tidak sesuai
tapi jinnya masih ada dan terus mendampingi atau menumpang tinggal
badan tuan asal..badan keluarga asal...atau orang lain yang dipilihnya.

Bagaimana ia berlaku..??

...iaitu dengan jin tadi membawa keluar kembar benda sihir itu keluar dari
benda sihirnya...maka jadilah benda sihir itu kosong kerana sihirnya pada
hakikatnya adalah daripada kekuatan sihir jin yang berkenaan.

Dengan membawa keluar kembarnya...bererti jin itu sudah meninggalkan
benda sihir tadi...dan persoalan barunya...siapakah manusia yang seterus-
nya menjadi pilihan dan sasaran jin tersebut.

Kembar benda sihir ini juga menjadi sebab kepada sebahagian besar kes
gangguan...dan menjadi rahsia kenapa amalan diri...rawatan atau malah
rukyah menjadi lemah atau langsung tidak berkesan...

wallohu a'lam


Rabu, 21 Jun 2017

KEMBAR,,,RAHSIA BENDA SIHIR

Semua benda sihir...ada kembarnya...contohnya kalau  keris berjin...
keris  itu ada satu lagi kembarnya  di  alam jin...bentuk..warna...saiz
kembar itu betul-betul sama dengan keris tadi.

Kalau batu hitam contohnya...kembarnya juga batu hitam saiz yang
sama...kalau  tangkal  azimat  maka  begitu juga kembarnya...kalau
buku...maka begitu pula kembarnya..kalau cincin begitu juga kembar-
nya...kalau tasbih...begitu  juga  kembarnya...kalau  pakaian  begitu
pula kembarnya...dan seterusnya...

Benda sihir yang anda nampak itu tempatnya di alam dunia...kembar-
nya pula di alam jin.

Maka benda sihir itu anda pegang...kembarnya pula jin yang jaga
benda itu yang pegang.

Biasanya  kembar  itu  bersatu dengan benda sihir tersebut...seolah-
olah  kembar  itu  menjadi  'nyawa'  kepadanya...namun kembar ini
boleh juga keluar masuk dari benda sihir tersebut,

Kalau kembar itu keluar dari benda sihir tersebut...maka kosonglah
benda sihir tadi...jadi benda biasa...

Wallohu a'lam


Isnin, 19 Jun 2017

SEMUA BENDA BERJIN ADALAH BENDA SIHIR..

Iaitu semua benda yang ada jin di dalamnya...atau dijaga jin dari
luar...atau benda yang mengikat mana-mana jin adalah benda
sihir.

Bukan sekadar tangkal sihir...batu-batu...cincin-cincin...barang
perhiasan...barang antik...senjata-senjata...malah pakaian-
pakaian...sejadah...tasbih...buku-buku kalau ada jin jaga atau
ada jin di dalamnya maka ia adalah benda sihir...

...kadang-kadang benda yang langsung kita tidak duga pun boleh
jadi ada jin...maka semua benda ini adalah benda sihir.

Jin yang jaga pula tidak kira jin  kafir...jin Islam...jin munafik...jin
yang kena panggil...jin yang datang sendiri...maka semua itu ada-
lah yang pandai sihir...dan jadi jin sihir.

Tiap sesuatu benda berjin sebaiknya samada dibuang...dimusnah-
kan atau dikosongkan jinnya...dan semua jin ini adalah musuh
kepada manusia...maka jangan disimpan.

Dikatakan musuh kerana samada secara sedar atau tidak sedar...
samada jin itu sengaja atau tidak...namun pasti ia akan mendatang-
kan kesan yang buruk kepada manusia...maka samada jin itu di-
buang atau tindakan pemisahan lannya.

Wallohu a lam

Khamis, 15 Jun 2017

GANGGUAN JIN SIHIR

Semua gangguan jin pada manusia biasanya adalah dari
jin sihir atau jin yang pandai sihir.

Jin itu mungkin yang dikirim oleh orang lain...atau  tidak
dikirim tapi  jin itu  pindah  sendiri  kepada  anda  tanpa
pengetahuan manusia tumpang asal.

Atau ia mungkin jin dari ilmu berkaitan sihir yang pernah
anda pelajari...atau jin dari tangkal atau benda berjin yang
pernah anda simpan...anda pinjam...atau sekadar pernah
anda sentuh...walau dengan niat hanya untuk melihatnya.

Atau jin ilmu sihir orang lain yang kehilangan tuan  asal
kerana kematian atau dibuang....atau  dari jin saka  ke-
luarga tua...atau saka dari  orang lain  yang  tiada kena
mengena talian keluarga dengan anda.

Atau  jin  yang  ditinggalkan  pada  sesebuah rumah dan
anda  tinggal  masuk  dalam   rumah  itu...atau  jin  yang
ada  ilmu  sihir  samada  dari  hutan...atau  jenis jin yang
tinggal  pada bahagian aras awan...dan sebagainya.

Maka untuk rawatan...sebaiknya kebolehan atau kekuatan
sihir setiap jin itu perlu dihilangkan...atau  jin  itu akan terus
mengganggu.

Kalau sekadar dihalau atau lari kepanasan....jin itu boleh
balik....atau cari orang lain sebagai ganti dan gangguan
jin itu tetap saja akan berterusan.

Secara peribadi...saya seboleh-bolehnya mengelak dari
menyerang  tubuh  jin...tapi  sebaliknya  cuba  mencari
sumber tenaga sihir jin tersebut dan sumber tenaga itulah
yang dengan izin Allah saya cuba musnahkan.

Apabila  sumber  tenaganya  musnah maka  jin itu akan
kehilangan kekuatan sihirnya maka segala kesan sihirnya
pada pesakit atau dimana-mana juga akan padam atau
turut hilang dengan sendirinya...

Wallohu a'lam

Isnin, 12 Jun 2017

HAKIKAT PENYAKIT DARI SEBAB GANGGUAN JIN

Apa juga gejala dan penyakit yang disebabkan oleh gangguan jin
adalah berpunca dari sihir bangsa jin.

Maka untuk merawat..kita perlu mematikan atau melumpuhkan
atau menghentikan sihir jin tersebut...maka dengan izin Allah...
gejala atau penyakit itu akan hilang dengan sendiri bersamaan
ketika kekuatan atau tenaga sihir jin itu hilang.

Kalau kita rawat gejala atau penyakit sahaja...maka gejala atau
penyakit itu akan tetap utuh atau sekadar sembuh  atau sekadar
berkurangan  sementara  sahaja...kerana aliran tenaga  sihir dari
jin  yang terlibat akan  terus menerus mengalir pada gejala dan
penyakit tersebut.

Wallohu a lam

Jumaat, 28 April 2017

SENARAI AMALAN...

Dalam blog nampak hati

1. Petua fatihah dan 3 Qul Pernafasan...catitan 31.12.15

2. Petua hancurkan jin dalam badan...14.08.15

3. Kata pemutus jin...29.01.15

4. Kata pemutus...04.01.16

5. Kata pemutus guru...29.01.15

6. Petua mudah buat air doa sendiri...23.07.15

7. scan diri sendiri...13.01.15

08.. rahsia jin ilmu...12.05.16

...dan sebagainya...

Blog rahsia nampak jin

1. SENARAI AMALAN PENDINDING...36.09.10

...dan sebagainya...

Sebahagian gangguan daripada 'sesekor' jin boleh ditamatkan
dengan kata pemutus...atau pembatal ilmu sihirnya melalui
pemusnahan benda sihirnya seperti tangkal...batu...cincin...
senjata...dan sebagainya...atau memusnahkan 'kembar'
benda sihir itu pada tapak tangan atau tubuh pesakit...
atau dengan memusnahkan kepandaian sihir jin itu langsung
pada tubuhnya...atau jin itu dikat...dikurung atau sengaja
dibunuh ( saya tidak ' berminat ' dengan tiga cara akhir ini )
dan sebagainya.

Ada juga yang dapat dihentikan dengan mendakwah jin ini
atau disuruh bersumpah atau dengan mana-mana tipu
helah....dan sebagainya...

Ada yang tak dapat dihentikan maka pesakit jaga amalan
maka jin itu cari orang lain.

Tak ada perawat 'terer'...yang ada hanyalah rawatan serasi
dengan bentuk dan cara gangguan...maka dengan izin Tuhan
mudah selesainya...kalau tak selesai-selesai juga biasanya
cuma bererti cara rawatannya kurang serasi.

Yang penting kita ingat...yang menguasai seluruh alam ini
hanya satu sahaja iaitu Allah semata-mata.

Wallohu a'lam